Saya nak share resepi salad dressing paling simple yang korang jugak boleh buat!

Bahan

  • 5-6 sudu besar Extra Virgin Olive Oil
  • 1 biji lemon
  • 1 biji bawang putih
  • secubit garam
  • sedikit lada hitam

salad dressing paling simple

Cara membuatnya:

Campurkan kesemua bahan di atas. Saya suka masukkan di dalam balang atau bekas bertutup supaya senang untuk saya goncangkan semua bahan sehingga sebati.

Kemudian, cuba rasa supaya kena dengan selera anda. Boleh tambah mana-mana bahan yang tak cukup.

Saya suka buat dalam pelbagai perisa. Adakalanya saya tambah herba seperti chili flakes, cumin seed, halia atau mixed herbs. Anda boleh tambah apa sahaja yang sesuai dengan selera anda.

Campur ke dalam salad, dan sedia dimakan.

Senang tak?! Jika senang, anda patut mencubanya!

 

Salad Dressing Paling Simple!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge