Assalamualaikum.

Saya nak kongsi dengan anda, snek yang mudah dibuat untuk kanak-kanak. Snek ini boleh juga dihidang masa birthday party atau masa minum petang. 

Pernah tak anda rasa satu situasi, dimana anda sudah kekeringan idea untuk sediakan snek kepada anak-anak. Tak mungkin anda nak menjamu anak anda dengan keropok sepanjang masa, betul tak? Jadi, semoga resepi ini dapat memberi anda idea untuk memasak.

Resepi Sosej Rolls

Bahan:

  • 1 keping puff pastry sheet
  • 5 sosej

Resepi Sosej Rolls

Cara masak:

#Panaskan oven 170 C selama 10 minit

#Potong sosej pendek lebih kurang 2 inci. Potong puff pastry lebih kurang 5 inci (cukup untuk balut sosej)

#Jika puff pastry anda frozen, defrost dulu sehingga lembut atau suhu bilik

#Balut sosej dengan puff pastry. Jika mahu tebal boleh balut lebih sikit

Resepi Sosej Rolls

#Susun sosej yang telah dibalut dengan puff pastry di atas tray yang dilapik dengan parchment paper

Resepi Sosej Rolls

#Bakar sosej rolls selama 20 minit atau sehingga keperangan. Kalau oven saya, saya guna api atas bawah untuk 20 minit pertama, kemudian saya tambah lagi 5 minit untuk api atas sahaja untuk garing sedikit lagi. 

Resepi Sosej Rolls

#Angkat dan hidangkan bersama sos kegemaran anda.

Resepi Sosej Rolls

Tips Untuk Lebih Sedap!

Sapu sedikit melted butter sebelum bakar, it is delicious!

Jangan lupa cuba resepi ni dan komen dibawah apa pendapat anda.

Bye..!

Resepi Sosej Rolls
Tagged on:             

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge