Hari ni saya nak share resepi sambal tomato inspired by eat clean proses yang sedang saya jalani sekarang.


Bagi anda yang mengikuti saya di facebook, minggu lalu saya baru selesai menjalani detoks asas(basic detox) bersama kawan-kawan Shaklee. Seminggu kami amalkan pemakanan yang dicadangkan oleh pihak Shaklee. Kesannya, masyaAllah..hebat sangat. Badan saya cergas dan rasa bersih luar dan dalam. Badan ringan dan kulit rasa lembut je (sebab setiap hari kita keluarkan toksin). Selepas seminggu, saya teruskan pulak dengan eat clean untuk maintain kesihatan. 


Okay, takmau bebel panjang, sebab korang nak tahu resepi kan, bukan pasal detoks…jom zaassss!!!

Bahan

  • 1 biji tomato
  • 8 biji cili padi
  • 1 genggam ikan bilis kering
  • 1 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

Cara membuatnya

  1. Goreng semua bahan di atas kecuali tomato tanpa minyak
  2. Tumbuk semua bahan goreng tadi. Ikut konsistensi yang anda suka sama ada nak kasar atau halus
  3. Kemudian baru masuk tomato. Lenyek perlahan-lahan sampai sebati dengan sambal tadi. 
  4. Dah boleh dihidangkan

Kalo anda perasan, saya tak letak garam dan belacan, sebab ni versi eat clean. Hasil masin tu hanya daripada ikan bilis kering. Hasilnya….sedap. Walaupon tak menggunakan belacan ( bahan utama dalam apa-apa sambal) tapi ianya tetap rasa sambal. Rahsianya sebab bahan-bahan tadi dah digoreng terlebih dahulu to enhanced the flavor. 

Selamat mencuba.

Resepi Sambal Tomato Meletops!
Tagged on:             

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge