Assalamualaikum.

Hari ni saya nak share resepi bagaimana nak buat Overnight Oat.

Apa itu Overnight Oat?

Secara ringkas overnight oat ialah campuran oat, cecair (sama ada susu fresh, air atau almond milk, atau susu soya, yogurt), buah-buahan (apa sahaja jenis buah pisang, apple, peach), dan kacang (kacang tanah, cashew, almond, pecan atau walnut) untuk kerangupan, chia seed (untuk fiber), perasa (peanut butter, almond butter, jem strawberi atau jem buah yang lain). Semuanya dicampur sekali dan disimpan semalaman (overnight) di dalam peti sejuk. Overnight oat ni sedia dimakan selepas disimpan selama 4 jam ke atas.

Kesitimewaan Overnight Oat ni ialah ianya Mudah, Cepat & Berkhasiat.

Resepi Peanut Butter Overnight Oats

Bahan yang diperlukan:

  • 1 cawan yogurt anlene original
  • 1 cawan organic rolled oats
  • 1 sudu besar peanut butter (crunchy)
  • 1 sudu kecil chia seed
  • 1 sudu besar ESP (Energizing Soy Protein) Shaklee
  • Sedikit air (kerana yogurt sangat pekat)
  • sedikit kacang cashew

Caranya:

Masukkan semua bahan (kecuali cashew) dalam satu bekas bertutup (saya guna bekas kaca kecil sahaja). Kemudian, kacau rata semua bahan supaya sebati. Selepas itu, simpan dalam peti ais untuk 4 jam ke atas.

Esoknya anda akan dapati semua cecair di dalamnya telah diserap dengan baik oleh oat dan chia seed. Dan Overnight Oat anda sedia untuk dimakan. Kelebihan bagi Overnight Oats sebegini, anda boleh bawa kemana-mana sahaja bekas ini untuk dimakan. Efficient Grab’n’Go breakfast.

Nak lagi Sedap?

Sebelum makan, anda boleh masukkan apa sahaja jenis kacang untuk kerangupan, atau granola dan juga buah-buahan seperti pisang, apple dan strawberi.

Resepi Peanut Butter Overnight Oats
Kenapa Mesti Cuba?

Anda wajib cuba Overnight Oat ini supaya ini adalah salah satu cara untuk anda makan oat. Anda pun tahu oat sangat baik untuk kesihatan terutama bagi mengelakkan terkena penyakit 3 serangkai yang popular kat Malaysia ni. Jadi, untuk mencegah, ambil oat untuk pilihan yang lebih bijak semasa breakfast.

Tidak ramai yang suka dengan oat kerana oat ‘tasteless’. Namun, bila anda create hidangan sebegini, anda dan keluarga dapat menikmati oat sepanjang masa. Its Healthy!

Semoga anda mencuba resepi ini.

Bye…

Resepi Peanut Butter Overnight Oats

2 thoughts on “Resepi Peanut Butter Overnight Oats

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge