Resepi Pasta Penne Goreng

Jom saya nak goda semua orang dengan resepi pasta penne goreng ni. Sangat mudah. Ikut selera sendiri ye. Resepi tak ada dalam buku, reka sendiri. Korang boleh tambah ikut bahan apa yang ada di rumah.

resepi pasta penne goreng

Bahan-bahan:

1 cawan pasta penne – direbus al dente

2 ulas bawang merah – hiris nipis

 2 ulas bawang putih – hiris nipis

1 biji cili padi

1/2 cawan cendawan

Sedikit sos tiram

Sedikit sos bolognese

1 sudu teh mixed herbs

Cara memasak

1. Tumis bawang sehingga wangi dan garing

2. Masukkan cendawan dan cili padi, tumis lagi hingga cendawan masak.

3. Masukkan sos tiram, sos bolognese dan sedikit air rebusan pasta

4. Masukkan pasta dan mixed herbs, gaul rata. Perasakan dengan garam dan lada hitam.

Angkat dan hidangkan.

Mudah dan senang. Saya memang makan pasta dengan cara begini. Tak ada spesifik resepi dari buku sebab lebih suka adjust denga bahan – bahan yang ada kat rumah. Banyak lagi saya nak kongsi, insyaAllah lain kali ye.

Selamat mencuba untuk anda semua. Bagi yang sudah cuba, share dengan saya bagaimana anda menyediakannya untuk keluarga. Boleh kita bertukar pendapat dan resepi.

Bye dulu. Daaa…

Resepi Pasta Penne Goreng
Tagged on:         

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge