Assalamualaikum.

Sorry readers, mana yang review instagram saya berkenaan resepi ni, meh nk tepek kat sini. Senang nanti nak rujuk balik bila nak masak.

Spagetthi Pedas Sedap.

image

Bahan
Spagheti – segenggam lebih sikit (untuk 1-2 orang makan)
Cili kering – 5 tangkai
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 biji tomato – potong dadu
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh mixed herbs
5 biji sosej – hiris
Garam, minyak.

Cara masak.
1. Rebus spagheti dan toskan. Simpan sedikit air rebusan.
2. Cili kering (yang direndam terlebih dahulu) – dikisar halus
3. Bawang merah, bawang putih & halia – dikisar
4. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan cili kisar.
5. Bila sudah pecah minyak, masukkan bawang yang dah dikisar, kacau hingga masak.
6. Masukkan tomato dan lenyek sikit bagi hancur ( untuk dapatkan rasa masam).
7. Masukkan sosej yang telah dihiris. Kalo korang nak masuk dagibg kisar ke, udang ke, tuna ke, masuk je. Ini apa yg ada kat dapur saya.
8. Masukkan sos cili, sos tiram dan mixed herbs. Kacau hingga pekat sedikit (kelikatan kuah ikut selera sendiri ye)
9. Masukkan spagheti yang dah ditos airnya dan kacau rata.
10. Hidangkan. Boleh la dihias dengan daun bawang atau bawang goreng. Saya takde semua tu, jadi togel je nampak.

Selamat mencuba.

Resepi : Pasta Pedas Sedap
Tagged on:         

3 thoughts on “Resepi : Pasta Pedas Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge