Assalamualaikum.Hari ini saya nak share dengan anda berasaskan oat. Bukan sweet version tetapi savoury version.

Jom kita tengok resepinya:

Resepi Oatmeal Cendawan

Bahan

1/2 cawan quick cooking oat/ rolled oat

1/4 cawan ayam yang dicincang (direbus terlebih dahulu)

1/4 cawan cendawan shitake – hiris nipis

1 biji bawang besar – potong cube

3 ulas bawang putih – hiris nipis

1 cawan air rebusan ayam atau sayuran. Tapi jika tiada, boleh gunakan air. 

Sedikit lobak merah dan seleri (optional)

Minyak untuk menumis

Sedikit garam dan lada hitam untuk perasa

Cara memasak

  1. Tumis bawang  merah dan bawang putih sehingga wangi.
  2. Masukkan cendawan, carrot dan seleri. Tumis sehingga masak
  3. Masukkan ayam, air dan oat
  4. Perisakan dengan garam dan lada hitam
  5. Gunakan api paling kecil.
  6. Sentiasa kacau supaya oat tidak melekat pada kuali/ pan
  7. Masak sehingga pekat atau tiada lagi air. 
  8. Angkat dan hidangkan.

Resepi Oatmeal Cendawan

Tips Berguna:

  • Jika anda suka oat yang cair seperti bubur, anda tak perlu tunggu lama, pabila campuran semakin pekat, boleh tutup api dan hidangkannya. Namun jika anda suka oat yang pekat dan agak kering, boleh masak lebih lama sehingga cecair semua diserap oleh oat.
  • Penggunaan air rebusan adalah optional. Anda boleh gantikan dengan air.
  • Jika anda suka protein seperti daging, ayam anda boleh masukkan dalam campuran ini.
  • Jika anda vegetarian, boleh gantikan ayam dengan apa sahaja sayuran. Saya pernah gantikan dengan timun jepun, kacang sweet pea, jagung dan pelbagai lagi.
  • Dan anda boleh serve dengan pelbagai protein lain.

Resepi Oatmeal Cendawan

Selamat mencuba. Semoga dengan perkongsian ini anda dapat menikmati kebaikan oat.

Jika anda sudah mencuba resepi ini, tinggalkan komen dibawah, share with me your thoughts!

Bye.

Resepi Oatmeal Cendawan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge