Assalamualaikum

Saya nak share makaroni goreng yang sangat mudah untuk buat. Citarasa saya semestinya pedas. Tapi anda semua boleh adjust sendiri tahap kepedasan.

  
Bahan

  • 1 paket fusili atau spiral – rebus dan toskan

Bahan Tumis

  • 1 biji bawang besar – potong dadu
  • 5 ulas bawang putih – hiris nipis
  • 7 biji cili padi

Bahan lain

  • 1 tin tuna in tomato sos
  • 250gm ayam kisar (separuh bungkusan)
  • 5 biji sosej – hiris ikut ketebalan yang diingini
  • 1 genggam cendawan tiram
  • 1 sudu besar sos cendawan black pepper jenama ita.

Cara masak

  1. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili hingga naik bau.
  2. Masukkan ayam kisar dan tuna tomato, kacau rata hingga ayam kisar berubah warna
  3. Masukkan sosej dan cendawan. Kacau rata.
  4. Masukkan sos cendawan black pepper dan sedikit lebihan air rebus makaroni. Perasakan masam manis masinnya
  5. Masukkan fusili yang telah direbus dan gaul rata. Akhir sekali tutup api dan masukkan daun bawang.
  6. Boleh dihidang bersama daun bawang atau bawang goreng.

  
Hidangan ini sesuai dihidangkan pada waktu sarapan pagi, brunch atau makan malam. 

Selamat mencuba.

Sharing is caring🍎

  

Resepi Spiral Goreng Tuna Tomato
Tagged on:                                 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge