Sugar Free Homemade Granola

Hari ini saya nak share dengan anda resepi granola yang istimewa kerana resepi ini tidak menggunakan gula. Kita akan extract sumber itu daripada buah yang kita akan gunakan nanti.

Adalah lebih bagus jika kita dapat mengelakkan gula dalam makanan. Jadi, jika anda dalam proses tidak mengambil gula, maka resepi ini sesuai untuk anda.

Okay, lets jump straight to the recipe:

Bahan Yang Diperlukan

2 biji kurma

2 biji pisang

1/2 Cawan sunflower seed

3 Cawan rolled oats

1/2 cwn almond

1/2 cawan walnut

1/4 ts salt

Sedikit air

Campuran oats, sunflower seed, almond, walnut dan sedikit garam

Sugar Free Homemade Granola

Cara Menyediakannya:

  1. Panaskan oven 170°C. Sediakan baking tray, lapik dengan parchment paper
  2. Kisarkan kurma, pisang dan sedikit air sehingga lumat
  3. Almond dan walnut dikisar kasar
  4. Campurkan semua bahan dan gaul rata di dalam mangkuk
  5. Ratakan campuran di atas baking tray dan bakar selama 20-30 minit atau sehingga keperangan.
  6. Biarkan sejuk dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Gambar di atas : Granola sedia untuk dibakar

Bagaimana nak menikmati granola anda?

Ini cara saya:

#Topping yogurt – I love plain yogurt, mix dengan granola dan buah-buahan.

#Cereal – Granola boleh dimakan sebagai cereal. Masukkan granola dalam mangkuk dan masukkan susu kegemaran anda and walla!

#Snack – Granola dimakan sebagai snek. Walau kemana sahaja saya pergi, maybe shopping atau dalam perjalanan yang lama, saya akan bawa granola sebagai snek untuk dikunyah semasa drive. Sebelum bertolak, isikan granola dalam bekas kedap udara atau ziplock bag dan simpan di dalam beg.

Selamat mencuba.

Resepi Granola Yang Sihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge