Assalamualaikum. Hai, apa khabar?
Okay, hari ni saya nak share dengan anda semua my homemade granola bars.

Saya memang peminat granola bars. Cuma, di sekeliling saya tak banyak pilihan dari jenama dan flavor dan sebagainya.

Saya really enjoy ada granola bars dalam beg. Mana saya pergi, kalau tak sempat nak makan, tapi perut macam rasa pedih boleh terus grab granola bars untuk lapik perut sebelum dapat makan secara proper.

Ciri-ciri granola bars kegemaran saya mesti ada oat, dan a lot of kacang. Yess, banyak kacang, crunchy dan healthy.

Resepi Granola Bars Yang Sihat

Okay, cakap tentang healthy, saya sangat yakin, jika kita buat sendiri dirumah, semestinya kita lebih tahu apa yang kita makan, bahan yang kita letak didalamnya. Saya ni mempunyai habit suka membaca bahan (ingredients) dalam setiap bahan yang saya beli termasuk granola bars. Dan sukar tau nak mencari granola bars yang bebas gula, healthy dan enjoy untuk dinikmati setiap hari.

Baca juga >>> Homemade Granola

Oleh itu, saya decide untuk buat sendiri granola bars. Dan granola bars ini saya kekalkan konsep, bebas gula tambahan dan bahan-bahan yang mudah dicari atau yang sedia ada di rumah.

Resepi Granola Bars Yang Sihat

Bahan Untuk Membuat Granola Bars

4 biji pisang – lenyekkan

2 1/4 cup quick oats

1/4 cawan walnut – cincang kasar

1/4 cwn sunflower seed

2 tb peanut butter

1/4 cwn kacang almond – cincang kasar

2 tb madu

Sedikit esen vanila dan garam

Cara membuatnya:

  1. Panaskan oven 160°c selama 15 minit dan sediakan pan 8×8 dan alaskan dengan parchment paper (supaya doh tak melekat pada pan dan memudahkan untuk keluarkan daripada pan apabila sudah masak nanti)*tips for you!
  2. Dalam satu mangkuk, masukkan semua bahan kering seperti oats, garam dan semua jenis kacang, kacau rata
  3. Dalam sauce pan, panaskan peanut butter, madu dan esen vanila sahingga cair dan sekata
  4. Kemudian, campurkan bahan kering dan bahan basah (campuran peanut butter tadi) serta pisang yang telah dilenyek
  5. Campurkan semua sehingga sebati sehingga menjadi seperti doh. Jika kering dan crumble, tambah sedikit air atau honey. Jika terlalu basah tambahkan sedikit oat.
  6. Apabila siap diuli, anda masukkan dalam pan yang telah dialas dengan parchment paper tadi. Kemudian ratakan doh sambil anda tekan doh dengan padat. Anda boleh gunakan spatula atau gunakan tangan. Yess, guna tapak tangan untuk meratakan dan menekan doh. Basahkan sedikit tapak tangan anda dengan sedikit air untuk elak doh melekat pada tapak tangan.
  7. Kemudian, masukkan dalam oven untuk dibakar selama lebih kurang 30 minit pada suhu 160°c atau sehingga perang dibahagian sekelilingnya.
  8. Selepas 40 minit (suhu oven saya untuk perang), keluarkan daripada oven dan biarkan sejuk sebelum potong.
  9. Selepas sejuk, anda boleh potong granola bars anda kepada bentuk yang disukai (semestinya bentuk bars (bentuk panjang))
  10. Untuk menyimpannya dengan baik, anda boleh wrap setiap bars menggunakan plastik wrap. Granola bars ini boleh disimpan didalam peti ais, malah boleh juga disimpan dalam freezer untuk lebih kurang 3 minggu.

Resepi Granola Bars Yang Sihat

Oleh itu, anda tak perlu risau mencari snek apabila keluar rumah, hanya ambil granola bars ini dan simpan didalam beg anda.

Ops, saya masukkan beberapa keping coklat ye. Resepi sepatutnya masukkan coklat cip, tapi saya hanya ada milk coklat coin, jadi saya cincang kasar dan masukkan dalam campuran tadi.

Selamat mencuba saya ucapkan kepada anda. Saya sangat HAPPY dapat kongsi resepi granola bars ini dengan anda. Oh ya, jika anda sudah mencuba, let me know dalam ruang komen dibawah.

Resepi Granola Bars Yang Sihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge