Assalamualaikum

Bila balik kerja, selalu sangat teringin nak makan itu ini. Dalam keta sambil drive ni, dah terbayang nak makan apa. Tapi kena masak la kan. Takkan mudah nak dapat macam tu je….hmmmm…

Okay saya nak kongsikan resepi Cucur Lemak Manis. Tapi ni versi derhaka sikit. Derhaka sebab saya tambah bawang. Teringat masa kecik dulu selalu makan cucur macam ni, manis dan ada bawang. Tapi tak tahu cucur apa. Now dah tahu…hehehe…
Resepi ni saya ambil daripada blogger masakan terkenal, Azlita Masam Manis. Saya memang die hard fan dia dari dulu!
Jom kita tengok hasilnya…

image

CUCUR LEMAK MANIS BAWANG

Bahan-bahan.
1 1/2 cawan tepung (resepi asal 3 cawan, tapi saya tak tahu hasilnya banyak mana, jadi saya cuba sukatan ni dulu).
Secubit garam
3 sudu besar susu pekat
1 1/2 cawan air panas
1 labu bawang besar – hiris nipis

Cara masak.
1. Satukan tepung, garam, susu pekat dan bawang besar dalam satu bekas.
2. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit. Gaul dengan senduk tau, nanti melecur tangan.
3. Teruskan masuk air dan gaul rata sampai dapat hasil macam doh.
4. Biarkan sejuk seketika.
5. Panaskan minyak, sederhana panas.
6. Cedukkan adunan masuk dalam minyak. Kalo confident, bulatkan dengan tangan. Saya kurang confident, jadi saya guna sudu.
7. Pakar-pakarbada cakap, kalo nak cucur yang elok cantik, balik-balikkan cucur selalu.
8. Angkat dan toskan dengan penapis. Tapis segala lebihan minyak.
9. Hidangkan.

*Sape yang tak suka bawang tu, skip je bawang tu.

Nak cicah susu boleh, nak cicah sambal tumis ikan bilis boleh, nak cicah dengan sos cili pon boleh. Saya makan gitu je…
Tak teringat pulak nak cari pencicah sebab syok makan. Lembut je.

Selamat mencuba.

Resepi Cucur Manis Bawang
Tagged on:                     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge