Assalamualaikum.

Cucur Bawang Manis

Cucur nostalgia masa zaman kecil dulu.

Mak-mak kita selalu buat cucur ni. Rasa dia manis, lembut & sedap.

Okay, jomlah saya kongsikan dengan anda resepinya. Tapi ni versi derhaka sikit. Derhaka sebab saya tambah bawang. Teringat masa kecik dulu selalu makan cucur macam ni, manis dan ada bawang. Tapi dulu tak tahu cucur apa, tahu makan je. hehehe…

Resepi ni saya ambil daripada blogger masakan terkenal, Azlita Masam Manis. Saya memang die hard fan dia dari dulu!
Jom kita tengok hasilnya…[Resepi] Cucur Lemak Manis Bawang

 

CUCUR LEMAK MANIS BAWANG

Bahan-bahan

1 1/2 cawan tepung (resepi asal 3 cawan, tapi saya tak tahu hasilnya banyak mana, jadi saya cuba sukatan ni dulu).
Secubit garam
3 sudu besar susu pekat
1 1/2 cawan air panas
1 labu bawang besar – hiris nipis

Cara masak

1. Satukan tepung, garam, susu pekat dan bawang besar dalam satu bekas.
2. Kemudian masukkan air panas sedikit demi sedikit. Gaul dengan senduk atau spatula.
3. Teruskan masuk air dan gaul rata sampai dapat hasil macam doh
4. Biarkan sejuk seketika
5. Panaskan minyak, api sederhana.
6. Jemput-jemput adunan ke dalam minyak.
7. Balik-balikkan cucur supaya ianya terbentuk bulat
8. Angkat dan toskan dengan penapis

Hidangkan.

Nota:

  1. Jika anda tak gemar akan bawang, boleh skip, tak perlu letak
  2. Cucur ini boleh dicicah bersama susu pekat, sambal ikan bilis atau dimakan bersama sos cili atau boleh dimakan begitu sahaja. Yummm!

Selamat mencuba.

[Resepi] Cucur Lemak Manis Bawang
Tagged on:                                     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge