Assalamualaikum.

Hari ni saya nak share resepi Cinnamon Roll Pancake atau nama Melayunya Lempeng Kayu Manis. Eh…betul ke? Ianya sejenis pancake, tapi kita letak flavor kulit kayu manis di dalamnya dan diluarnya kita drizzled dengan krim cheese. 

Asalnya saya jumpa resepi ni di Pinterest. Saya ni dah lama kempunan nak makan Cinnamon Roll Bun. Merata cari tapi tak jumpa. Nak buat memang tak pandai la kan. Bila terjumpa resepi ni, ianya lebih kurang je cuma yang bezanya dalam bentuk pancake, yang asal tu dalam bentuk bun atau roti. Okay, jom kita tengok resepi. 

 

Pancake Batter

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 tb gula
  • 1 tb baking powder
  • 1 ts garam
  • 1 cawan susu (saya guna air je)
  • 1 biji telur
  • 1 tb mentega cair (saya guna minyak masak je)

Campurkan semua, tapi jangan over mix. Kalau dah tak nampak tepung tu, stop kacau.

Cinnamon filling 

  • 8 tb mentega cair
  • 1 cawan gula merah
  • 1 tb serbuk kulit kayu manis

Campurkan semuanya sekali. Kalau pekat, boleh tambah air panas. Lebih senang jika letak dalam piping bag, senang nak squeeze atas pancake. Tapi pada saya bancuhan ni agak banyak untuk 1 bancuhan pancake (8 keping), jadi next time boleh kurangkan bancuhan. 

Cream Cheese Glaze

  • 4 tb mentega cair
  • 100gm cream cheese
  • 1 cawan powdered sugar

Campurkan semuanya sebati. Dan letak tepi. 

Cara masak pancake cinnamon roll

  1. Panaskan pan on medium heat
  2. Masukkan pancake batter, ikut saiz yang dikehendaki. 
  3. Squeeze cinnamon filling di atas pancake dengan corak melingkar atau apa-apa corak kesukaaan anda.
  4. Bila dan berbuih, balikkan pancake untuk masak yg sebelah lagi. 
  5. Selepas itu, boleh terus angkat. 
  6. Tips: setiap kali anda bak masukkan bancuhan pancake ke dalam pan, jangan kacau. Jika tidak anda tidak akan dapat pancake yang gebu sehingga ke akhirnya. 

  
Percubaan saya yang pertama ni lingkaran tak menjadi sangat. But the taste was soooo good. Dengan krim cheesenya, cinnamonnya…sooo good! 

Selamat mencuba ye kawan-kawan.

Ofkos selepas ambil breakfast, saya make sure akan ambil vitamin booster di pagi hari seperti Vitalea, Vitamin C dan Vitamin B untuk boost energy di pagi hari. Dan adakalanya, jika ambil sarapan berat saya pastikan akan ambil Omega Guard untuk bakar lemak yang ada dalam badan. 

Jika anda berminat untuk mendapatkan shaklee, boleh terus whatsapp saya. 

Fadhilah – 0194555534 

Sharing is caring.

Bye. 

Resepi Cinnamon Roll Pancake
Tagged on:                 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge