Resepi Agar-Agar Roti Srikandi

Bahan A (Untuk hiasan)

Ambil suku daripada agar-agar (saya guna agar-agar tali) dan rendam sebentar.

Air

3 sudu besar gula.

[Resepi] Agar-Agar Roti Srikandi

Bahan B (Puding Roti)

Lebihan agar-agar tali (saya guna 37g) – rendam untuk lembutkannya

1 tin susu cair

1 Cawan gula

8 keping roti

1 biji oren Sunkist – diperah ambil jusnya

1 biji telur

Air – lebih sedikit daripada jumlah agar-agar

2 helai daun pandan

Penapis

Cara memasak:

  1. Untuk bahan A, ambil agar-agar yang direndam tadi masukkan ke dalam periuk. Masukkan air. Kadar air cukup cover agar-agar. Tak perlu banyak.
  2. Nyalakan api dan masak sehingga agar-agar larut.
  3. Setelah larut, masukkan gula dan kacau sehingga gula larut.
  4. Kemudian tutup api, tapis agar-agar ke dalam bekas lain.
  5. Bahagikan agar-agar ke dalam tiga bekas (atau berapa jenis bekas mengikut colour yang anda nak gunakan)
  6. Saya masukkan ke dalam 3 bekas untuk 3 warna. Saya gunakan pewarna hijau, merah dan kuning.
  7. Kemudian, biarkan sejuk dan keras.
  8. Setelah keras, anda sagat agar-agar ini. Tapi kalau anda nak potong cube pon boleh.

[Resepi] Agar-Agar Roti Srikandi

Untuk Bahan B

  1. Ambil 8 keping roti dan carik menjadi kepingan kecil. Masukkan dalam bekas besar.
  2. Masukkan 1 tin susu cair. Rendam roti di dalam susu. Kemudian anda boleh hancurkan menggunakan sudu. Kalau anda nak mudah, masukkan semuanya ke dalam blender.
  3. Masukkan perahan oren sunkist & telur ke dalam campuran roti.
  4. Sementara itu, masak agar-agar dan daun pandan dengan sukatan air yang lebih sedikit daripada kuantiti agar-agar sehingga larut.
  5. Kemudian, masukkan gula dan kacau lagi hingga larut. Selepas segalanya sudah larut, tapis bancuhan ini ke dalam bekas lain.
  6. Campurkan bancuhan agar-agar dengan bancuhan roti. Api sederhana.
  7. Kacau hingga sebati dan dan sehingga mendidih dan terus tutup api.
  8. Layer bancuhan agar-agar dengan agar-agar warna warni yang telah disediakan tadi dalam bekas.
  9. Setelah selesai, simpan dalam peti sejuk minimum 4 jam dan ke atas.
  10. Kemudian, boleh potong dan hidangkan.
[Resepi] Agar-Agar Roti Srikandi
Agar-agar colour yang dipotong cuba

Selamat Mencuba.

[Resepi] Agar-Agar Roti Srikandi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge