Cara Merawat Rambut

Tahukah anda bahawa rambut boleh dirawat dengan bahan-bahan semulajadi yang ada hampir disemua rumah. Termasuk anda!

Minyak Zaitun

Minyak ini digunakan untuk mengatasi masalah rambut kering. Selain itu, kaya dengan vitamin E dan antioksidan terbaik. Caranya, warm up minyak, kemudian oleskan pada rambut sambil mengurut kepala anda. Gunakan penutup kepala dan biarkan selama 30 minit. Bilas bersih. Amalkan 2x seminggu untuk mendapat hasil yang terbaik.

rawat rambut cara tradisional

Mayonis

Mayonis mempunyai banyak khasiat terutama protein. Caranya, oleskan mayonis pada rambut, tutup dengan penutup kepala dan biarkan selama 1 jam. Kemudian bilas bersih rambut menggunakan air suam. Ulangi langkah ini 1x seminggu.

Madu

Madu banyak khasiat untuk badan berfungsi dengan baik. Dan madu juga bagus untuk rambut. Menggunakan madu mampu memberikan kesan lembut, lembap dan halus kepada rambut anda. Lakukannya 1x seminggu untuk dapatkan hasil yang terbaik.

rawat rambut cara tradisional

Telur

Jadikan telur sebagai perapi rambut anda. Telur dapat melembutkan rambut anda. Ambil sebiji telur, pukul rata dan oleskan pada rambut anda sambil mengurut kepala anda. Biarkan selama 15 minit dan bilas sehingga bersih.

Minyak bijan

Minyak bijan memiliki banyak nutri yang diperlukan untuk rambut kering. Campurkan 3 sudu besar minyak bijan, halia parut dan sapu pada rambut. Jangan lupa untuk urut sedikit kepala anda sambil mengoles minyak bijan. Biarkan selama 5 minit dan bilaskan sehingga bersih. Lakukannya 1x seminggu untuk hasil terbaik.

rawat rambut cara tradisional

Life Hacks!

Semasa anda membasuh rambut, bershampoo, urut kepala anda dengan lembut menggunakan hujung jari anda. Hujung jari tau, bukan kuku! Selain dapat meratakan shampoo, urutan juga boleh membuatkan anda tenang.

Rawat Rambut Cara Tradisional

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge