Anda suka makan ulam? Like i do?

Saya suka jika dapat makan ulam setiap hari. Tapi berapa jenis yang kita kenal? Kerana beribu jenis ulam yang ada disekeliling kita. Jom kita tengok 6 jenis ulam utama yang biasa kita makan!

Apa itu ulam?

Ulam adalah tanaman yang boleh dimakan dari segi daun, batang, pucuk, biji, umbut dan bunga. Biasanya ulam dimakan mentah, dan terdapat cara untuk menikmatinya.

>>Daun Ulam Raja

  • Daun ini tinggi dengan protein, karbohidrat, lemak dan Vitamin A. Ulam ini banyak digunakan dalam perubatan tradisional seperti mencuci darah kotor dan menguatkan tulang.
  • Kloroform daripada daun ulam raja ini mengandungi khasiat yang boleh melawan bakteria dan fungus.

>>Kacang Panjang

  • Rupa-rupanya kacang panjang adalah sejenis ulam! Dan mudah didapati dimana-mana. Ulam jenis ini mampu memulihkan kulit akibat bekas jerawat dan membantu penyembuhan luka.
  • Kacang panjang mempunyai nutrien seperti karbohidrat, serat, lemak, protein, iron, kalsium, kalium, karotina beta, vitamin B1, B2 dan vitamin C.
  • Pilih kacang panjang yang segar supaya anda dapat menikmati khasiat yang optimum.

>>Timun

  • Khasiat timun sangat banyak, bermula dari aspek pemakanan sehingga kecantikan
  • Timun sangat membantu dalam menurunkan kolesterol dan tekanan darah serta memulihkan sakit tekak serta menyejukkan badan.
  • Dari segi kecantikan, timun mampu mengurangkan mata lebam, dan menghaluskan kulit

>>Kacang Botol (botor)

  • Ulam yang rangup ini sebenarnya tinggi dengan khasiat protein kalsium, zat besi dan vitamin A.
  • Dan kacang botor ini sesuai untuk mereka yang ada masalah kurang darah

>>Daun Selom

  • Ulam ini tinggi kandungan air, lemak, protein, serat dn karbohidrat
  • Daun selom ini mampu membantu mengeluarkan angin daripada perut dan usus.

>>Peria

  • Peria si pahit ini rupa-rupanya kaya dengan protein, lemak, mineral, serat, vitamin, kalsium dan karbohidrat.
  • Ulam ini bukan sahaja membantu mengatasi masalah kencing kotor, kencing manis tetapi juga membantu melawaskan perut anda.

Sharing is caring!

Rahsia Awet Muda Dengan Ulam Hijau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge