Tahukah anda bahawa lebih 50% penduduk bumi mengalami masalah jeragat?

Sesetengahnya diperoleh sedari kecil, dan sebahagian lagi memperolehinya setelah dewasa. Apakah punca sebenar jeragat ni?

 

Punca Munculnya Jerawat

#1 Perubahan Hormon

Keadaan hormon yang tidak menentu menjadi punca kemunculan jeragat. Paling ketara ketidakseimbangan hormon terjadi ke atas wanita yang mengandung. Golongan ini mudah mendapat jeragat kerana hormon mereka tidak stabil.

#2 Penggunaan Produk Kosmetik

Kesilapan dalam memilih produk kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit seseorang mampu mengundang masalah jeragat. Anda perlu tahu jenis kulit muka anda sama ada berminyak, normal atau jenis yang kering supaya anda dapat memilih produk kosmetik yang benar-benar sesuai dengan anda. Hal ini termasuklah pemilihan pencuci muka dan krim pelembap yang sangat penting untuk memilih yang terbaik. Jangan memakai produk yang mempunyai bahan tiruan dan tinggi paraben. Berhati-hati!

#3 Pengambilan Ubat-ubatan

Pengambilan ubat-ubatan dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan jeragat. Hal ini kerana kulit telah kehilangan zat dan kolagen asli yang sedia ada di dalamnya.

#4 Pendedahan Kepada Sinar UV

Jangan tidak tahu bahawa sinar UV mampu menyebabkan kulit kita rosak. Terutamanya bagi anda yang suka berjemur di bawah terik matahari menyebabkan jeragat lebih cepat terbentuk berbanding jika anda mengelak daripada terkena sinaran UV!

Cara Mengatasi Jeragat Dengan Berkesan

 

Elakkan Terkena Sinaran Matahari Yang Terik

Anda perlu mengelakkan daripada terkena sinaran matahari yang berterusan dan lama agar dapat menjaga kualiti kulit anda. Tetapi tidak bermaksud bahawa anda perlu berkurung di dalam rumah untuk mengelak matahari. Sesekali anda perlu keluar rumah menghirup udara segar pada waktu yang redup.

Gunakan Produk Kosmetik Yang Semulajadi

Di sini anda perlu membuat sedikit pelaburan supaya anda mampu mendapat kulit yang sihat untuk jangka masa yang panjang. Pilih dan cari pencuci muka, pelembap, lotion dan alat kosmetik yang lain daripada sumber semulajadi, selamat dan halal. Hal ini penting untuk menjaga kulit dan sekali gus kesihatan anda.

Amalkan Pemakanan Yang Sihat

Jika anda mengamalkan pemakanan yang sihat, bukan sahaja kulit cantik tetapi juga badan anda sihat. Tidak rugi jika mengamalkan pemakanan sihat!

Tambah Supplement Dalam Diet Anda

Di antara kelebihan supplement adalah oleh membantu anda mengawal dan mengatur kembali hormon yang tidak teratur yang mana menjadi faktor utama kemunculan jeragat. Selain itu, supplement juga boleh mengurangkan kesan jangka panjang yang ke atas jeragat.

Jeragat mampu menganggu penampilan anda. Jadi anda perlu lakukan sesuatu untuk merawatnya.

kulit kusam

Punca Jeragat Dan Cara Mengatasi Jeragat Agar Tidak Melarat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge