Adakah anda pernah mengalami masalah jerawat yang singgah dibadan?

Jerawat ni berani tau, bukan dimuka je dia berani singgah, dengan badan sekali di ada. Jerawat dibadan disebabkan oleh lebihan peluh yang menjadikan kulit lembap dan minyak kulit menyumbat pori-pori kulit. Apabila kulit tidak mampu bernafas dengan baik, maka muncul jerawat.

Mari kita lihat beberapa petua untuk menghilangkan jerawat dibadan:

Tips Hilangkan Jerawat Di badan

1. Scrub dengan tomato/ timun

Hiris halus tomato/ timun, kemudian, scrub badan dengan anda. Kesan sejuk daripada tomato/ timun itu mampu menyingkirkan minyak  dibadan dan menyejukkan kulit.

download

2. Gunakan putih telur

Ambil putih telur, pukul rata sedikit, kemudian sapu ke seluruh badan atau ditempat yang bermasalah.

egg

3. Gunakan sabun antibakteria

Anda boleh gunakan sabun antibakteria untuk membersihkan badan. Rumusan sabun antibakteria mampu menyingkirkan bakteria yang tidak diperlukan oleh badan. Namun, awas, jika kulit anda tidak sesuai dengan beberapa jenis sabun di pasaran, seeloknya gunakan sabun organik atau semulajadi.

4. Kerap mandi

Pastikan anda kerap membersihkan badan selepas beraktiviti. Jika anda seorang yang cepat berpeluh atau banyak peluh, anda dinasihatkan untuk mandi dengan kerap.

images

5. Pilih pakaian yang sesuai

Anda perlu memilih pakaian yang sesuai untuk setiap aktiviti. Pakai pakaian yang longgar dan selesa. Seboleh-bolehnya pilih material kain daripada jenis kain kapas (cotton) kerana kain kapas boleh menyerap peluh.

6. Amalkan makanan seimbang

Sebaiknya anda mengamalkan pemakanan seimbang. Cukup protein, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan. Bukan sahaja badan anda sihat, kulit juga bertambah cantik dan glowing. Elakkan makanan berminyak dan makanan berproses.

7. Ambil makanan yang tinggi antioksidan

Makanan tinggi antioksidan mampu membantu badan menentang serangan tidak baik. Apabila badan bebas racun, maka semuanya akan sihat termasuk kulit.

Begitu juga dengan suppelement. Cari supplement yang halal, selamat dan berkesan serta tinggi antioksidan untuk menampung keperluan tambahan badan anda.

Bagi masalah jerawat dibadan, saya cadangkan pengambilan Vitamin C dan Vitamin E secara konsisten untuk mendapatkan kulit yang sihat.

Perlukan supplement antioksidan Shaklee yang terbaik? Boleh hubungi saya untuk pertanyaan dan order.

Nor Fadhilah Bt Mohamad Izaraee
Pengedar Shaklee Taiping, Bukit merah dan Batu Kurau, Perak

Shaklee ID
1128414

SMS | Call | Whatsapp:
019 – 455 5534

Email
ielah_raihan@yahoo.com

FB : Fadhilah Izaraee

Instagram : fadheizshaklee

 

Petua Terbaik Hilangkan Jerawat Di badan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge