Perjalanan detoks saya sudah masuk hari keenam dan ketujuh.

Hari yang keenam adalah berkaitan dengan Karbohidrat.

Bermula waktu pagi, saya ambil protein ESP smoothie with banana. Letak sedikit cinnamon powder dan blend semuanya. Its awesome!

Makan tengahari pula saya ambil salad berdaun hijau. Dan sedikit protein daripada tuna. Tapi saya guna tuna dalam tin sahaja.

Makan malam pula saya dah boleh ambil nasi. Saya makan nasi putih dengan ayam digoreng dan sedikit sayur yang dimasak. Sebenarnya tak boleh makan ayam yang digoreng, ayam tu sepatutnya dibakar atau rebus, tapi disebabkan saya takde pilihan lain, saya makan jugak. Cumanya elakkan kulit dan lemak ayam.

Hari ketujuh

Hari terakhir ini adalah hari baru untuk mereka yang berdetoks cara shaklee. Badan anda kini sudah mencapai tahap kebersihan detoks yang maksimum.

Diwaktu pagi, saya ambil fruit smoothie dan campur dengan 2 sudu besar ESP. Makan tengahari saya ambil separuh mangkuk nasi putih, ayam goreng dan sedikit ulam.

Makan malam saya diboleh untuk ambil mee, tai mee putih sahaja ye. Jadi saya pilih mee udon. Mee udon ni saya buat sup dan masukkan sedikit ayam.

Dan akhirnya saya berjaya habiskan program 7 hari berdetoks dengan cara Shaklee.

Saya bersyukur kerana boleh mengharungi dengan baik sekali!

Apa kesan setelah saya berdetoks?

  1. Lebih cergas, bertenaga dan tidak cepat penat.
  2. Perut lebih selesa dan sistem perkumuhan juga lebih baik.
  3. Masalah alergik berkurangan lebih kurang 80%.
  4. Berat badan turun 2kg dalam masa seminggu.
  5. Fikiran lebih tenang dan lapang

 

 

 

Perjalanan Detoks 2017 Untuk Hari Keenam dan Ketujuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge