Panduan Penjagaan Bayi Pramatang

#Posisi tidur

Cipta tempat tidur berbentuk ‘U’ daripada gulungan selimut yang tebal untuk dijadikan sebagai ‘sarang’. Letakkan bayi di dalam ‘sarang’ tersebut untuk mencipta ilusi seperti di dalam rahim. Bayi akan rasa seperti dipeluk dan tidak mudah terkejut atau terasa seperti nak jatuh.

#Memegang Bayi

Pegang bayi dengan kemas tanpa membuatnya tersentak. Ketika mengangkat bayi, perlu pegang kedua-dua tangannya serapat yang boleh selain menahan leher dan punggungnya. Remember, be gentle!

#Pasang lampu yang malap

Pastikan anda memasang lampu yang bercahaya gelap apabila menyusukan atau menidurkan bayi anda. Cahaya lampu yang terang akan menyebabkan rangsangan penglihatan menjadi kurang baik kerana bayi kerap menutup mata. Tidur yang lama, koordinasi pernafasan dan menelan susu yang baik akan menggalakkan kenaikan berat badan bayi.

#Elakkan bunyi bising

Jangan membuat bising atau bercakap dengan nada yang kuat di depan bayi. Begitu juga jangan menutup pintu dengan kuat sehingga membuatkan bayi terkejut. Bayi pramatang memerlukan tidur yang berkualiti untuk merangsang hormon pertumbuhan dan perkembangan sel otak yang optimum.

#Tidak boleh penat

Jangan lakukan beberapa aktiviti berturut-turut seperti menukar lampin, memakai baju dan menyusu dengan sekali gus kerana akan menyebabkan bayi kepenatan. Antara tanda bayi penat seperti hilang fokus pada mata, tangan seakan menolak, mengantuk, menguap berlebihan dan meragam.

#Rawatan kaedah kanggaro

Rawatan ini adalah untuk mengekalkan suhu badan, menstabilkan denyutan jantung dan pernafasan bayi, menjadikan tidur lebih nyenyak dan jarang menangis. Kaedah ini digalakkan untuk bayi pramatang dengan berat di bawah 2.5kg.

#Lakukan stimulasi

Stimulasi ini berbentuk sentuhan, suara dan penglihatan. Hangatkan tapak tangan ketika menyentuh atau memegang bayi anda. Banyakkan berbual dengan bayi kerana mereka suka dengan suara ibu sama ada semasa menyusu atau sebelum bayi mengantuk. Namun pastikan semasa berbual jarakkan muka anda 20-30cm daripada bayi.

Sharing is caring?

Sumber : majalah PaMa

———————————————————————————————————————————————————

Set Berpantang Shaklee

Panduan Penjagaan Bayi Pramatang
Testimoni Set Berpantang Shaklee

Panduan Penjagaan Bayi Pramatang

Jom kita tonton apa pula pengalaman si ibu ini menjaga anak pra matang

Pengalaman Menjaga Anak Pramatang

Jika anda memerlukan supplement Shaklee, boleh hubungi saya melalui medium berikut:

Nor Fadhilah Bt Mohamad Izaraee
Pengedar Shaklee Taiping, Bukit merah dan Batu Kurau, Perak

Shaklee ID
1128414

SMS | Call | Whatsapp:
019 – 455 5534

Email
ielah_raihan@yahoo.com

FB : Fadhilah Izaraee

Instagram : fadheizshaklee

 

Panduan Penjagaan Bayi Pramatang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge