Assalamualaikum

Salah satu versi nasi goreng yang saya suka. Suka makan. Suka masak. Mudah je, semua orang pun boleh buat.

image

Bahan
2 cawan nasi putih – nasi sejuk
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
4 tangkai cili padi
Segenggam ikan bilis
segenggam petai yang sudah dikupas.
minyak
garam

Cara memasak
1. Bawang putih, bawang merah, cili padi & ikan bilis ditumbuk hingga lumat – kalau yang nak kasar, tumbuk sikit je sekadar hancur.
2. Tumis bahan tumbuk tadi sehingga wangi
3. Masukkan nasi dan petai, gaul rata.
4. Perasakan dengan garam dan gaul rata.
Sedia dihidangkan panas-panas.

Selamat mencuba.

Resepi Nasi Goreng Petai Mabeles
Tagged on:                 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge