Assalamualaikum..

Jom masak nasi goreng. Nasi goreng is my fav all the time. Tak kira la pagi ke atau malam sekali pun, memang saya boleh makan nasi goreng.

Kali ni nak bagi resepi Nasi Goreng Kacang Panjang.

image

Bahan
Nasi sejuk
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis
2 biji cili merah
2 biji cili padi
Kacang panjang – dihiris

Cara masak.
1. Tumbuk lumat bawang merah, bawang putih, ikan bilis, cili merah dan cili padi. Kalo tak mau tumbuk,blend pon boleh.
2. Tumiskan minyak, masukkan bahan tumbuk tadi. Tumis sampai masak atau pecah minyak.
3. Kemudian, masukkan kacang panjang dan gaul rata.
4. Masukkan nasi sejuk dan gaul rata.
5. Perasakan dengan garam biar cukup rasa.
6. Angkat dan hidangkan.

Selamat mencuba.

Nasi Goreng Kacang Panjang
Tagged on:         

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge