Hai kawan-kawan.

Okay, saya nak share macam mana caranya kita boleh minum air putih atau air kosong.

1. Guna Waktu Solat Untuk Mengukur Jumlah Pengambilan Air Putih

Bagi yang muslim, kita solat 5 waktu sehari kan. Jadi cara saya ialah setiap kali sebelum solat, saya akan minum 500ml air putih. Kemudian, selepas solat, saya minum lagi 500ml air putih. Setiap kali waktu solat, saya boleh dapat 1 liter pengambilan air putih. Praktikalkan cara tu?

2. Perisakan Air Putih

Beri perisa pada air putih dengan meletakkan hirisan buah-buahan. Contohnya lemon, anggur, oren, strawberi dan apa-apa buah yang disukai. Konsep ini lebih kurang macam infused water, tapi tidak direndam semalaman. Saya pulak lebih suka menggunakan lemon. Bila minum segelas air putih, saya akan letakkan hirisan lemon. Bau wangi dari lemon merangsang deria saya untuk minum air putih tanpa rasa bosan.

3. Gunakan Penyedut Minuman atau Botol Air Bercorong Kecil

Ini pandangan dari sudut psikologi ye. Sedar tak, kalau kita minum menggunakan penyedut minuman atau straw, kita tak sedar air yang diminum habis? Jadi, gunakan straw walaupun minum air putih. Atau pun, gunakan botol air bercorong kecil. Bila kita minum menggunakan botol bercorong besar, kita merasakan yang kita dah minum banyak walhal sebaliknya. Fikirkan.

4. Minum Air Putih Secara Berkala

Selain konsep minum air mengikut waktu solat di atas, boleh juga kita gunakan cara ini.

  • Minum 1-2 gelas selepas bangun tidur
  • Minum 1-2 gelas air sebelum makan; sarapan, makan tengahari atau makan malam
  • Minum 1-2 gelas semasa mengambil vitamin
  • Minum 1-2 gelas atau lebih semasa melakukan aktiviti harian seperti bersenam, memasak, mengemas dan sebagainya.
  • Minum 1 gelas air sebelum tidur

Dengan cara ini, pasti kita boleh capai target minimum 8 gelas air putih sehari.

5. Minum Air Mengikut Berat Badan

Pakar menyarankan agar minum air putih mengikut berat badan. Setiap 2.5 kg, perlu minum 1 liter air putih. Contohnya jika berat saya 50 kg, ini bermakna saya perlu minum 2 liter air sehari.

Kepada kawan-kawan yang susah sangat nak minum air putih tu, cubalah cara di atas, mungkin boleh membantu anda.

Hiduplah dengan cara yang sihat dan gembira, supaya kehidupan kita lebih bermakna

Bye.

Minum Air Putih Dengan Cara Paling Mudah
Tagged on:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge