Masalah Dengkur Semasa Tidur

Apa itu dengkur?

Dengkur adalah bunyi yang terhasil apabila saluran pernafasan tersekat ketika tidur. Jangan salah sangka jika anda berdengkur itu tandanya anda nyenyak tidur ye. Dengkur adalah gangguan kepada penghidap ataupun pasangan.

Punca Dengkur

  1. Alahan
  2. Tulang hidung bengkok
  3. Tisu berlebihan di anak tekak
  4. Obesiti
  5. Pengambilan alkohol
  6. Kedudukan tidur terlentang
  7. Tonsil yang bengkak
  8. Masalah saluran pernafasan
  9. Kesan pengambilan ubat

Masalah Dengkur Semasa Tidur

Jika anda atau insan tersayang anda mengalami masalah dengkur yang kerap, jangan biarkan berlarutan. Ini kerana dengkur mampu menganggu kualiti tidur anda di waktu malam.

Jika anda kurang mendapat tidur yang baik, anda akan mengalami beberapa kesan seperti keletihan, mengantuk pada siang hari, hilang fokus semasa kerja, berat badan bertambah, stress dan risiko serangan jantung.

Bagaimana Cara Mencegah Masalah Dengkur

  1. Kurangkan berat badan
  2. Elakkan minuman alkohol
  3. Pilih posisi tidur mengiring
  4. Amalkan jadual tidur yang tetap
  5. Dapatkan rawatan hidung tersumbat
  6. Berhenti merokok

Pastikan anda mengamalkan gaya hidup yang sihat dan ambil pemakanan yang seimbang.

Sharing is caring.

Bye.

Atasi Masalah Dengkur Semasa Tidur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge