Assalamualaikum kawan-kawan!!!

Baru-baru ni saya terjumpa artikel berkenaan Hipoglisemia. Saya pun tertanya-tanya, ‘eh, macam pernah dengar, tapi apa ye?’Jom saya bawak anda mengenal serba sedikit berkenaan Hipoglisemia.

Apa itu Hipoglisemia?

Hipoglisemia ialah keadaan di mana keadaan paras gula dalam darah rendah daripada paras normal. Hipoglisemia ini akan terjadi apabila paras gula turun hingga ke paras 3.9mmol/L (60-70 mg/dL). Tetapi individu hanya merasakan terjadinya hipoglisemia apabila paras gula mencapai 2.8-3.0 mmol/L (50-54 mg/dL)

Apakah punca terjadinya Hipoglisemia?

  • makan terlalu sedikit
  • terlalu banyak insulin atau ubat diabetes (pesakit kencing manis)
  • terlalu banyak aktiviti berlebihan

Apakah gejala atau simptom yang sering wujud apabila terjadi Hipoglisemia?

  • menggigil
  • denyutan jantung menjadi laju
  • berpeluh
  • pening kepala
  • penglihatan terjejas
  • cemas
  • keletihan
  • sakit kepala
  • mudah marah
  • kerap lapar
  • kulit jadi pucat

Bagaimana cara mengatasi Hipoglisemia?

Jika ada insan terdekat dengan anda mengalami Hipoglisemia, sarankan mereka untuk mengambil 15-20mg gula glukos atau karbohidrat yang ringkas.

Antara gula glukos yang boleh diambil:

  • tablet glukos
  • pil/ gel gula
  • 2 sudu kismis
  • 1 biji kurma
  • 1/2 cawan jus
  • 1 sudu gula/ madu
  • gula-gula kecil berbentuk keras seperti jellybeans atau coklat

Saya ada satu cerita ni, dulu arwah makcik saya memang pernah kena Hipoglisemia ni. Arwah memang dah ada penyakit kencing manis dan darah tinggi. Semasa dia sakit, dia tak mahu langsung ambil nasi, kalau makan nasi pun sikit sangat. Suatu pagi tu, mak saya nampak mulut makcik saya keluar buih dan dia tak sedarkan diri. Terus kami bawak dia ke hospital untuk masalah itu.

Jadi, untuk kawan-kawan di luar sana, beringat dan perlu sentiasa set dalam minda yang kita semua WAJIB hidup SIHAT. Tak kira sama ada kita ni jenis makan banyak, malas bersenam atau pun tak mengambil supplement untuk support segala aktiviti kita, yang penting KITA MESTI HIDUP DENGAN SIHAT

Sharing is caring

Your Shaklee Distributor

Fadhilah – 0194555534

 

 

Mari Mengenali Hipoglisemia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge