Adakah anda mengalami gatal-gatal pada muka?

Jika ada tanda-tanda di atas, mungkin anda mengalami masalah kulit kering. Selain rasa gatal pada wajah, kulit anda akan nampak kusam, bertompok-tompok dan tidak bermaya!

Jadi, bagaimana untuk mengatasi masalah kulit kering dan kusam?

8 Langkah Mudah Menghilangkan Kulit Kering Dan Kusam

1. Minum air kosong yang banyak.

Anda wajib minum 2-3 Iiter sehari mengikut keperluan badan. Minum air ni bukan hanya untuk kulit, tetapi bagus juga untuk sistem badan berfungsi dengan baik.

Minum air yang secukupnya juga akan membantu kulit anda kekal lembap sepanjang hari.

8 Langkah Mudah Menghilangkan Kulit Kering Dan Kusam 

2. Makan makanan yang tinggi asid lemak

Jangan takut dengan lemak! Asid lemak yang baik sebenarnya baik untuk tubuh badan kita. Apabila badan dapat mencerna asid lemak dengan baik, maka kulit anda juga akan menerima kebaikan yang sama. Contoh lemak yang baik untuk anda ambil adalah seperti mentega, minyak zaitun, minyak avokado dan buah avokado.

8 Langkah Mudah Menghilangkan Kulit Kering Dan Kusam 

3. Penting untuk ambil sayur-sayuran dan buah-buahan

Seperti yang kita semua tahu, sayuran dan buah-buahan mempunyai kadar serat dan air yang tinggi. Selain membekalkan nutrien dan vitamin untuk tubuh badan, kulit juga akan menerima kebaikan vitamin di dalam tumbuhan ini.

8 Langkah Mudah Menghilangkan Kulit Kering Dan Kusam 

4. Gunakan air suam semasa membasuh muka

Air suam dapat membantu membuka liang pori semasa membersihkan muka. Satu tips untuk anda, cuci muka dalam pergerakan memusing supaya kulit dicuci dengan sebersihnya.

5. Cuba elakkan sinaran matahari

Elakkan aktiviti di bawah sinaran matahari yang terik. Ini kerana sinaran matahari tidak bagus untuk kesihatan kulit. Walaupun matahari membekalkan Vitamin D yang bagus untuk badan, tetapi pendedahan terus daripada matahari akan menimbulkan masalah kulit pula. Jadi, pastikan anda kurangkan aktiviti di bawah terik mentari.

8 Langkah Mudah Menghilangkan Kulit Kering Dan Kusam 

6. Gunakan pelembap muka

Saat paling bagus untuk gunakan pelembap muka ialah selepas mandi atau basuh muka sebab pada masa itu pori-pori masih terbuka dan wajah masih segar.

7. Elakkan bahan bahaya dalam pencuci

Hindarkan sabun yang ada unsur sulfur, antiseptik, alkohol, pewangi, pewarna dan pengawet. Bahan-bahan ini mungkin sensitif untuk kulit anda dan tidak bagus untuk digunakan untuk jangka masa yang panjang. Adalah sebaiknya jika anda lebih teliti dan peka apabila memilih alat kosmetik di pasaraya.

8. Ambil kolagen dan supplement kulit yang terbaik

Supplement sangat penting untuk membantu kesihatan kulit selain daripada khasiat yang kita dapat daripada makanan harian yang kita ambil.

8 Langkah Mudah Menghilangkan Kulit Kering Dan Kusam 

Kulit adalah antara organ yang penting untuk kita jaga kerana disitulah letaknya penampilan diri kita. Jadi, jagalah ia sebaiknya.

Supplement terbaik adalah yang semulajadi dan tidak berbahaya pada kulit sekaligus kesihatan kita. Supplement Shaklee adalah antara yang terbaik, menepati syarak, Halal dan semulajadi. Sebab itu, Shaklee menjadi pelopor utama supplement kesihatan di Malaysia.

8 Langkah Mudah Menghilangkan Kulit Kering Dan Kusam 

Jika anda memerlukan supplement Shaklee untuk kesihatan tubuh badan dan kesihatan kulit, boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Nor Fadhilah Bt Mohamad Izaraee
Pengedar Shaklee Taiping, Bukit merah dan Batu Kurau, Perak

Shaklee ID
1128414

SMS | Call | Whatsapp:
019 – 455 5534

Email
ielah_raihan@yahoo.com

FB : Fadhilah Izaraee

Instagram : fadheizshaklee

Langkah Mudah Mengatasi Kulit Kering

2 thoughts on “Langkah Mudah Mengatasi Kulit Kering

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge