Kesan Kekurangan Nutrisi Kepada Badan

Anda pernah dengar tentang ketidakcukupan nutrisi kepada badan boleh mengakibatkan penyakit? Percayakah anda bahawa ada kes dimana seorang ibu lumpuh selepas bersalin akibat gejala kurang nutrisi dalam badan?

Kesan Kekurangan Nutrisi Kepada Badan
Keratan Akhbar Berita Harian

Berita penuh di Kisah Ibu Lumpuh Selepas Bersalin

Kenapa Nutrisi Sangat Penting?

Tahukah anda bahawa nutrisi sangat penting untuk tubuh badan berfungsi dengan baik dan sempurna. Nutrisi yang baik mampu memberi kesan yang baik kepada tubuh badan. Jadi, daripada mana datangnya nutrisi ini?

Nutrisi datangnya daripada MAKANAN

 

Kekurangan Nutrisi

 

Apa Itu Nutrisi?

Nutrisi ialah istilah sains yang dikaitkan dengan nutrient atau khasiat daripada makanan dengan kesannya pada  tubuh.

Kesan Kekurangan Nutrisi:

Ada sesetengah penyakit ini dapat dilihat dalam masa panjang, tapi Jangan Terkejut jika ada sesetengah kes berlaku juga dalam jangka masa yang singkat… Berjaga-jaga!

  • Berat badan berlebihan
  • Obesiti
  • Sukar turunkan berat badan
  • Osteoperosis
  • Kolesterol tinggi
  • Lumpuh/ Strok
  • Kemurungan berpanjangan
  • Kanser
  • Penyakit jantung
  • Gangguan selera makan
  • Pereputan tulang

Seram tak tengok list tu?

Jom kita tengok pula apa sebab kekurangan nutrisi ni ye? Sampai macam tu sekali kesannya badan kena terima akibat tak cukup nutrisi!

 

Sebab Kekurangan Nutrisi

Cara Hidup

Budaya hidup moden hari ini telah banyak mengubah cara hidup masyarakat kita. Dengan kerjaya yang sibuk, aktiviti harian yang penuh dan konsep diet yang pelbagai mampu menganggu nutrisi badan jika tidak diurus dengan baik.

Corak pemakanan

Makanan yang banyak sodium, makanan segera, makanan berproses adalah makanan paling popular hari ini. Jadi, untuk lebih mudah dan selesa, makanan yang kurang sihat ini adalah pilihan utama kita.

Pilihan makanan

Pilihan makanan hari ini tersangatlah banyak. Sana sini orang jual makanan. Tapi, bukan salah mereka yang menjual makanan, tetapi kita yang patut memilih makanan sebaiknya. Dari yang bergoreng sehingga yang berkuah, semuanya sedap-sedap belaka. Mana boleh tak kecur selerakan!

Kewangan

Akibat kesempitan duit, kita hanya mampu makan makanan yang murah tapi mengenyangkan. Tambah pula kebanyakan makanan berproses, makanan segera mampu untuk dibeli, makan itulah pilihan makanan ruji seharian.

Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Nutrisi

Makan Secara Sihat

Ambil portion yang betul semasa makan. Lengkap karbohidrat, protein dan  sebagainya. Ambil sayuran hijau dan buah-buhan dalam diet anda.

Makan Dengan Betul

Pastikan anda mengambil 3 sajian hidangan setiap hari, seperti sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Seeloknya ambil buah dahulu sebelum makan.

Cukup Rehat

Anda perlu rehatkan badan anda secukupnya semasa waktu tidur iaitu 6-7 jam sehari bagi membolehkan badan anda berfungsi dengan baik.

Kekurangan Nutrisi

Vitamin Untuk Kekurangan Nutrisi

Cadangan untuk anda yang merasakan anda kurang mendapat nutrisi daripada tabiat pemakanan seharian. Supplement membantu menyokong sistem badan anda agar berfungsi dengan sebaiknya.

Vitamin untuk kurang nutrisi

 

Pengedar Shaklee Pilihan Anda

Jika anda berminat untuk mendapatkan set ini, boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut. Saya Fadhilah Izaraee (1128414), 019 455 5534, pengedar Shaklee yang sah. COD di kawasan Batu Kurau, Kamunting dan Semanggol, Perak.

 

Kesan Kekurangan Nutrisi Kepada Tubuh Badan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge