Kalsium adalah antara sumber mineral yang paling banyak wujud dalam tubuh badan kita.

Struktur tulang, gigi paling banyak mengandungi unsur kalsium. Sel saraf, tisu badan, cecair tubuh dan darah juga mengandungi unsur utama ini.

Tahukah anda kesan kekurangan kalsium kepada tubuh kita? Ketahuinya kesan komplikasinya di dalam artikel ini.

Kesan Kekurangan Kalsium Kepada tubuh

Fungsi Kalsium

Kalsium antara komponen penting yang utama dalam tubuh badan kita. Ia membantu pembentukan serta memelihara kekuatan sel, tisu, otot, organ, tulang dan gigi.

Paras kandungan kalsium yang baik dalam tubuh kita mampu menghalang masalah osteoporosis di kemudian hari.

Kalsium membantu tubuh dengan fungsi:

  1. Membentuk tulang dan gigi yang kuat
  2. Pembekuan darah
  3. Menghantar dan menerima isyarat dalam sistem saraf
  4. Mengawal interaksi proses pengecutan dan pengenduran otot
  5. Merembeskan hormon dan unsur kimia tubuh
  6. Mengawal kadar denyutan jantung

Sumber Utama Kalsium Dalam Makanan

Kadar permintaan kalsium dalam tubuh berbeza mengikut peringkat umur. Semakin kita dewasa, keperluan kalsium harian kita semakin bertambah.

Bagi orang dewasa berumur 20 hingga 50 tahun, keperluan harian kalsium adalah sebanyak 1000mg per hari. Manakala bagi orang tua 50 tahun dan keatas, keperluannya meningkat kepada 1200mg per hari.

Terdapat banyak sumber makanan yang boleh membekalkan kalsium secara harian kepada tubuh kita. Antara sumber utama makanan tinggi kalsium ialah:

  • Produk tenusu: susu, keju dan yogurt.
  • Sayuran: bayam, lobak, brokoli dan kangkung
  • Buah-buahan: Pisang, betik, mangga, buah naga, avokado dan kiwi
  • Kekacang: soya, kacang almond, bijian bijan dan kacang merah.
  • Makanan laut: Ikan salmon, ikan sardin, udang dan kerangan.

Kesan Kekurangan Kalsium Kepada Kesihatan

Saya nak share dengan anda Kesan Kekurangan Kalsium dalam badan:

#1 – Insomnia

Kekurangan kalsium mampu memberi kesan kepada kualiti tidur anda.

#2 – Ketidakseimbangan emosi

Kekurangan kalsium dalam badan menyebabkan emosi terganggu. Adakalanya stress, adakalanya happy, tidak menentu.

#3 – Sistem imun yang lemah

Kekerapan demam atau badan tidak sihat diakibatkan oleh kekurangan kalsium.

#4-  Kelesuan

Kekurangan kalsium boleh menyebabkan badan keletihan dan kelesuan yang melampau.

#5 – Kerosakan gigi & tulang

Gigi cepat rapuh dan cepat rosak jika kekurangan kalsium dalam badan. Kaviti juga berleluasa dan gusi juga cepat rosak.

#6 –  Gangguan kitaran haid 

Wanita berisiko mengalami kitaran haid tidak normal terutamanya apabila usia semakin meningkat dewasa. Kesan kekurangan kalsium memburukkan lagi keadaan apabila wanita hampir ke fasa menopause di usia tua.

#7 –  Mengalami gangguan ingatan

Kalsium sangat penting kepada neuron untuk mengeluarkan neurontransmitter di dalam otak. Kekurangan kalsium menyebabkan proses simpanan dan mengakses memori menjadi lemah.

Ringkasnya dikatakan mudah jadi pelupa.

Ostematrix Sumber Kalsium Terbaik!

 

Apabila umur kita semakin meningkat kita semakin kurang peka terhadap kepentingan sumber pemakanan kita. Juga, semakin kita tua, semakin keupayaan pemakanan kita menjadi semakin terhad. banyak pantang atau makanan yang tidak boleh kita makan sesuka hati.

Ini termasuklah makanan yang diperlukan untuk sumber kalsium. Akibatnya, keperluan harian kalsium kita semakin lemah dan risiko akibat kesan kekurangan kalsium semakin tinggi. Bagaiman untuk mengatasi masalah ini?

Pilihan hari ini, kita boleh memperolehi kalsium dengan jumlah yang mencukupi melalui sumber suplemen. Di Shaklee, suplemen kalsium terbaik untuk ialah Ostematrix.

Keistimewaan ostematrix

  • 99% mudah diserap oleh tubuh
  • 100% tulen dan datang dari sumber semulajadi
  • Dalam bentuk caplet: Tablet berbentuk oval yang mudah ditelan dan mudah larut
  • Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis dan bahan pengawet.
  • Hanya 4 tablet sehari untuk menyelesaikan masalah kalsium anda dan memelihara tahap kesihatan yang optimum

 

ostematrix terbaik

Dapatkan Ostematrix hari ini. Hubungi saya untuk keterangan lanjut dan servis konsultasi eksklusif.

 

Nor Fadhilah Bt Mohamad Izaraee
Pengedar Shaklee Taiping, Bukit merah dan Batu Kurau, Perak

SMS | Call | Whatsapp:
019 – 455 5534

Email
ielah_raihan@yahoo.com

FB : Fadhilah Izaraee

7 Kesan Kekurangan Kalsium Kepada Tubuh. Anda Wajib Tahu! 

2 thoughts on “7 Kesan Kekurangan Kalsium Kepada Tubuh. Anda Wajib Tahu! 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge