Homemade Peanut Butter

Siapa suka peanut butter macam saya? Angkat tangan!

Kalau suka, kita geng. 

Hari ni saya nak kongsikan dengan anda cara buat peanut butter sendiri di rumah. Senang dan selamat. Selamat daripada bahan-bahan yang tak patut ada dalam peanut butter kesukaan anda.

Peanut Butter Dengan 2 Bahan Sahaja

Hanya kacang dan garam diperlukan untuk membuat peanut butter sendiri di rumah. Dan blender untuk blend semuanya dengan sebati.

Bahan:

2 cup Kacang tanah

1/2 teaspoon garam (boleh kurangkan kuantiti garam jika mahu)

Homemade Peanut Butter

Caranya:

Masukkan kacang tanah dan garam ke dalam blender. Dan blend campuran ini 15-20 minit. Di pertengahan proses, anda sekali sekala perlu kacau sedikit adunan supaya diblend rata.

Selepas itu, anda akan dapat 1 adunan peanut butter yang smooth. Jika anda suka peanut butter yang ‘chunky’, boleh tambah kacang yang ditumbuk kasar di dalamnya.

Homemade Peanut Butter

Untuk Kacang, anda mempunyai 2 option:

Option 1

Beli kacang tanah readymade di kedai. Anda boleh beli dikedai borong makanan ringan, boleh minta kacang tanah.

Option 2

Beli kacang tanah yang belum dimasak. Goreng tanpa minyak di dalam kuali atau bakar didalam oven. Kemudian, buang kulitnya dan boleh blend macam biasa.

p/s : Selain kacang tanah, anda juga boleh menggunakan pelbagai kacang lain seperti almond, cashew, macadamia atau pecan.

Homemade Peanut Butter

Cara Simpan

Anda boleh gunakan bekas bertutup seperti tupperware atau balang kaca untuk menyimpannya. Dan pastikan anda simpan di dalam peti ais untuk memelihara rasanya yang sedap.

New Addiction

Tahu tak selain sapu peanut butter pada roti, saya juga suka makan apple dan seleri dengan peanut butter sebagai snek yang menyihatkan. Snek sebegini ringan dan boleh diambil pada bila-bila masa.

Kriteria Memilih Peanut Butter

Apa kriteria anda memilih peanut butter? Pada jenama atau bahan yang terdapat di dalamnya? Selain memilih jenama peanut butter, pernah tak anda pusing sedikit botol peanut butter tersebut dan lihat bahan apa yang ada di dalamnya? Bagaimana kandungan gulanya, dan bahan-bahan lain? Bagi saya, kriteria peanut butter yang bagus Ialah yang mempunyai bahan yang paling sedikit didalamnya. Disebabkan sukar untuk mencari peanut butter organic with less ingredients, saya decide untuk buat sendiri di rumah.

Selamat mencuba untuk anda.

[Resepi] Homemade Peanut Butter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge