Assalamualaikum. Salam ceria.

Hari ni, alhamdulillah, walaupun cuaca tak berapa panas, mendung tapi suasana sunguh nyaman.

Okay, walaupun cuaca mendung begini, saya dengan rasa semangat nak berkongsi dengan anda resepi easy homemade granola yang berkhasiat dan mudah. Anda pun boleh cuba buat dirumah.

Saya dah tak sanggup nak simpan sorang resepi ni. Saya mesti kongsi dengan anda semua!

Granola ni sejenis snek ringkas berkhasiat. Asasnya ialah oats, kacang, buah kering dan sedikit gula untuk rasa manis. Granola ni bagus untuk semua keadaan, dan untuk sesiapa sahaja sama ada sebagai snek, topping ais krim, dimakan sebagai cereal atau bersama yogurt.

Kelebihan granola ini ialah sangat berkhasiat dan penuh serat. Granola ini sangat versatile sebab anda boleh pilih bahan yang anda suka untuk campuran granola. Misalnya, jika tak suka kacang, boleh letak buah kering sahaja, begitu juga sebaliknya.

Jadi, apa tunggu lagi, lets jump to the the best easy homemade granola.

Homemade Granola

Bahan:

  • 2 cawan rolled oats
  • 1/4 cawan gula merah
  • 1/4 cawan kacang almond – cincang kasar
  • 1/4 cawan kacang walnut – cincang kasar
  • 1/4 cawan coconut oilatau canola oil
  • 1/2 ts esen vanila.

Easy Homemade Granola

Cara membuatnya:

  • Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius untuk 10 minit
  • Dalam bekas besar, campurkan semua bahan dan gaul rata.
  • Jika anda merasakan campuran kering, boleh tambah sedikit air untuk lembapkan campuran.
  • Setelah digaul rata, tuang ke atas dulang pembakar dan bakar selama 20 minit atau sehingga warna perang/ garing
  • Selang 10 minit, keluarkan dulang daripada oven dan gaul rata supaya pembakaran sekata.
  • Setelah garing, keluarkan dari oven dan sejukkan. Setelah sejuk leraikan kepingan granola dan simpan di dalam bekas kedap udara.
  • Dan nikmatinya pada bila masa sahaja.

Easy Homemade Granola
Dimakan Bersama Yogurt & Blueberry

Dan sebenarnya:

Easy Homemade Granola
Healthy Granola

Selalu sangat bila beli barang di pasaraya, mata ni kan, ternampak aje granola yang dijual. Sedap (by looking at the illustration),

#Banyak jenis.

#Pelbagai jenama.

#Bermacam perisa.

Tapi, saya tak pernah beli (walaupun hati sangat meronta nak beli!) Apa yang membuatkan saya tidak membelinya? Pertama kerana harga yang mahal untuk 200g – 300g yang boleh mencecah sehingga puluhan ringgit. Kedua, kerana kadar gula yang tinggi di dalamnya. Ketiga, kita pun tak tahu apa lagi bahan lain yang dicampur di dalam granola itu.

Oleh itu, muncul idea untuk buat sendiri granola di rumah. Kebetulan saya suka oats, jadi oat memang menjadi staple food dirumah. Dan bahan lain juga ada tersedia, jadi, tiada alasan untuk tidak mencipta sendiri granola.

Homemade Lebih Baik

Yes. Homemade lebih baik. Apa sahaja yang kita sediakan sendiri di rumah, from scratch is better! Kita boleh kawal kadar gula, perisa dan kuantiti yang kita perlu untuk buat sesuatu hidangan. Malah jimat belanja!

Selamat mencuba. Apa kata jika anda telah mencuba resepi di atas, share with me in the comment. I’d love to know your thoughts!

Bye!

Easy Homemade Granola
Tagged on:                                     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge