“Saya wajib pakai stoking bila keluar rumah sebab saya malu dengan tumit kaki yang merekah”

“Saya malu bila keluar rumah pakai selipar dan menampakkan tumit saya yang pecah dan kasar, apa perlu saya buat?”

Cara Mengatasi Tumit Pecah Dan Kasar

tumit pecah

 

Apa jadi jika tumit kita pecah dan kasar?

Mestilah kita rasa tak selesa dan paling penting dari segi penampilan. Tumit yang pecah boleh menganggu penampilan terutamanya apabila memakai kasut yang tidak bertutup seperti sandal. Sesetengahnya pula memilih untuk memakai stoking untuk melindungi tumit yang pecah itu. Jika itu yang terjadi kepada anda, jangan biarkan masalah ini berlarutan. Anda perlu mengatasinya dengan cara terbaik supaya kaki anda cantik dan menawan!

 

Apakah Penyebab Tumit Pecah?

#Tidak Memakai alas kaki

Menjadi tabiat sesetengah orang yang tidak suka memakai kasut apabila beraktiviti. Perbuatan ini akan menyebabkan kulit anda menipis dan tidak dilindungi sebaiknya. Dan anda juga terdedah kepada bahaya benda tajam!

tidak memakai kasut

 

#Kulit Kering

Kulit kaki yang kering akan mengundang rekahan terutama pada tumit kerana bahagian tumit adalah yang paling banyak digunakan dalam aktiviti seharian. Sama ada anda berdiri atau berjalan, atau beraktiviti, pastikan kulit anda tidak terlampau kering.

 

#Terdedah Kepada Lembapan Dan Kepanasan Melampau

Tahukah anda bahawa jika kaki anda terlalu lama terendam dalam air, bukan sahaja kulit menjadi kecut dan pucat, tetapi juga kulit akan menjadi lebih sensitif dengan lembapan! Begitu juga jika kaki terdedah kepada suhu panas melampau, kulit akan menjadi kering, merekah dan akhirnya luka. Pedih!

kaki di atas jalan

 

Cara Mengatasi Tumit Pecah

 

#Bersihkan Kaki

Pastikan kaki anda bersih daripada kotoran dan kesan-kesan kimia atau tanah dalam jangka masa yang panjang. Jangan dibiarkan kotoran melekat dikaki anda terutamanya di celah-celah jari, kuku dan rekahan tumit (bagi rekahan yang sedia ada).

bersihkan kaki

#Gunakan Alas/ Kasut

Jika ada berjalan diluar rumah, pastikan anda memakai kasut untuk melindungi kaki anda daripada benda tajam dan kotoran. Tambahan pula jika kaki anda bermasalah atau tumit anda memang sedia merekah, berjalan tanpa alas akan menyebabkan rekahan menjadi lebih teruk.

 

#Jaga Kaki Anda

Jangan sesekali membiarkan kaki anda terlalu lama di tempat lembap atau di tempat terlalu panas seperti jalan tar dan lopak. Kesan terlalu lembap atau terlalu panas boleh mengakibatkan kulit kaki menipis.

 

#Rendam Kaki

Rajinkan diri membuat rendaman kaki dalam air suam. Adakalanya kaki anda juga perlu rehat dengan sedikit belaian. Rendam kaki dalam rendaman air garam laut atau dengan minyak wangian organik untuk kaki anda yang keletihan. Apabila anda berjalan terlalu banyak, berdiri terlalu lama menyebabkan anda letih yang teramat sangat. Cuba cara ini dan anda tidak akan menyesal!

rendaman kaki

#Sapukan Pelembap

Sapukan pelembap di bahagian kaki daripada bahagian paha sehingga ke tumit. Perhatian yang lebih perlu diberi jika tumit anda pecah dan merekah. Semasa menyapu pelembap/ lotion, urut sedikit dibahagian tumit anda itu. Bukan muka dan tangan sahaja perlukan pelembap ye, tetapi juga kaki!

 

Bagaimana Shaklee Boleh Bantu Anda?

#Vitamin C – ambi Vitamin C secara konsistens untuk melengkapkan badan anda dengan nutrien yang sepatutnya. Kelebihan Vitamin C Shaklee ialag khasiatnya menyamai dengan 7 setengah biji oren dan mampu meningkatkan ketahanan tubuh anda pada serangan penyakit dan mempercepatkan penyembuhan luka.

#Energizing Soy Protein (ESP) – membantu memulihkan sel daripada dalam. ESP dilengkapi dengan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan.

#Collagen Powder – memulihkan kulit dari rambut sehingga ke hujung kaki. Ekstrak daripada ikan merah ini mampu mengembalikan keanjalan kulit anda termasuklah merawat masalah tumit pecah dan merekah.

#Herbal Blend – krim ajaib ini boleh digunakan untuk pelbagai masalah termasuk tumit pecah, siku dan lutut yang kering, luka, lecur, dan juga sebagai lotion seharian.

Sharing is caring.

Jika anda memerlukan mana-mana produk Shaklee untuk masalah anda, sila hubungi saya untuk order.

Shaklee Distributor

Fadhilah – 0194555534

 

 

 

Cara Mengatasi Tumit Pecah Dan Kasar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge