Cara Mengatasi Rasa Mual Semasa Mengandung

Mual semasa mengandung ini salah satu simptom yang dialami oleh kebanyakan bakal ibu. Jom kita lihat, apa punca mual ini terjadi dan bagaimana mencegah atau mengurangkan mual untuk mereka.

Cara Mengatasi Mual Semasa MengandungPunca Mual Semasa Mengandung

  • Terjadinya produksi hormon kehamilan. Ketika sel telur menempel pada dinding rahim, badan akan mengeluarkan hormon yang dipanggil Human Chorionic Gonadotropin (HCG)
  • Peningkatan hormon estrogen. Hormon penting untuk wanita bagi perkembangan seksual dan reproduksi.
  • Kadar sensitiviti meningkat terutamanya dari segi bau dan rasa
  • Tekanan/ stress juga boleh menyebabkan mual
  • Jangkitan pada saluran kencing atau kencing kotor

 

 

Cara Mengatasi Mual Semasa MengandungTips Mengatasi Mual Semasa Mengandung

  • Rehat yang cukup penting untuk bakal ibu
  • Makan dengan kuantiti yang sedikit tetapi kerap
  • Makan makanan berkhasiat dan kurangkan makanan yang tinggi lemak
  • Jauhkan daripada bau yang kurang menyenangkan jika ianya boleh menyebabkan loya atau mual
  • Pakai pakaian yang longgar dan selesa dan elakkan ketat dibahagian pinggang
  • Elakkan berbaring atau tidur selepas makan
  • Dapatkan udara yang segar jika anda terasa seperti nak muntah
  • Bangun secara perlahan-lahan daripada baringan atau duduk untuk elak badan terkejut dan menyebabkan anda pening
  • Gosok gigi atau berkumur selepas makan
  • Dapatkan supplement ibu hamil untuk menyokong sepenuhnya keperluan tambahan yang diperlukan oleh bakal ibu

 

Cara Mengatasi Mual Semasa Mengandung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge