Arghh tensennya! Bila masa la pulak jerawat keluar kat muka ni. Besar dan ada nanah pulak tu. Dah la ada presentation pagi ni. Macamana nak buat ni. Aduii sakitnya…

Kehadiran jerawat sememangnya membawa petanda-petanda kita terpaksa mengharungi detik-detik yang perit dan memedihkan untuk beberapa hari yang mendatang.

Kehadiran jerawat membawa rasa ketidakselesaan, sakit pada muka, perasaan kurang keyakinan dan menjejaskan penampilan diri.

Terdapat banyak jenis jerawat yang muncul pada muka. Antaranya jerawat biasa, jerawat batu, jerawat bernanah dan sebagainya.

Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana cara mengatasi jerawat bernanah dengan cepat.

Apa itu Jerawat bernanah?

Jerawat bernanah atau popularnya disebut Pustules dalam Bahasa Inggeris, adalah sejenis jerawat yang berbentuk benjolan dan mengandungi cecair atau nanah (PUS) di dalamnya.

Ciri-ciri jerawat bernanah ini muncul dengan benjolan putih yang dikelilingi oleh radang kulit kemerah-merahan. Ia lebih kurang sama dengan jerawat biasa, cuma ia berpotensi untuk berkembang menjadi lebih besar.

Pustules jerawat bernanah

Pustules ini boleh muncul di mana-mana sahaja bahagian badan. Biasanya mudah terjadi di bahagian belakang badan dan di kawasan muka. Ia mendatangkan rasa yang sangat sakit pada kawasan yang terjejas.

Pustules tergolong dalam jenis punca jerawat yang disebabkan oleh faktor ketidakseimbangan hormon atau perubahan hormon. Ia biasa terjadi kepada golongan remaja dan orang dewasa termasuk lelaki dan wanita.

Jika tidak dikawal dengan sebaiknya, jerawat bernanah atau pustules ini berupaya menjadi kronik (atau menjadi jerawat cyst) dan memerlukan kaedah rawatan tertentu atau pembedahan kecil untuk membuangnya.

 

Cara mengatasi jerawat bernanah dengan cepat

Jangan biarkan jerawat bernanah ini membesar! Sakitnya huuu bukan kepalang. Ok, ini cara yang sesuai untuk menghilangkan jerawat bernanaha:

#1 – Jangan usik jerawat di wajah anda

Perbuatan anda ini mampu membuatkan jerawat anda lebih teruk! Air bisa daripada jerawat boleh tersebar ke kawasan lain di muka dan memyebabkan jerawat anda tersebar.

Disebabkan jerawat telah ‘diusik’, nanah pula akan muncul. Ditambah pula jika anda menyentuh wajah dengan jari atau tangan yang kotor, akan membuatkan jerawat anda menjadi lebih teruk!

#2 – Cuci wajah dengan sempurna

Adakah anda tahu bahawa wajah kita perlu dicuci dengan sempurna, walaupun anda tidak mengenakan make up yang tebal? Wajah kita sebenarnya dihinggapi debu, kotoran, habuk yang kita tidak nampak dengan mata kasar.

Oleh itu, pencucian yang sempurna sangat penting ya! Tetapi bukan golongan wanita sahaja tau, kaum lelaki juga wajib mencuci wajah dengan sempurna.

#3 – Gunakan Pencuci Muka Yang Sesuai

Kenali kulit anda, sama ada berminyak atau jenis kering, barulah mudah mencari pencuci muka yang sesuai. Perlu diingatkan bahawa carilah pencuci muka yang selamat dan bersih daripada kimia.

#4 – Buat Facial Dengan Bahan Semulajadi

Rajinkan diri buat facial sendiri di rumah menggunakan bahan semulajadi. Contohnya seperti yogurt (perisa original), olive oil atau Vitamin E. Facial dapat membantu menurunkan suhu muka dan melembutkan kulit.

#5 – Banyakkan Makanan Tinggi Khasiat

Banyakkan mengambil makanan tinggi serat & protein dalam diet seharian seperti sayur, ulam dan buah-buahan. Makanan-makanan ini sangat bagus untuk kulit yang sihat dan pemulihan bagi kulit yang tidak sihat.

Masukkan sayuran dan buahan dalam diet anda sehari-hari, kerana bukan sahaja bagus untuk badan yang sihat tetapi juga untuk kulit. Kandungan air dalam buah dan sayur yang tinggi membantu melembapkan kulit secara semulajadi.

#6 – Ambil Sokongan Suplemen Untuk Atasi Jerawat

Khusus kepada pengambilan suplemen untuk menyihatkan kulit. Antaranya Vitamin C, Vitamin E dan Collagen. Namun, pilih suplemen yang selamat tau!

Anda wajib memilih suplemen atau makanan tambahan yang dipercayai dan semulajadi supaya tidak merosakkan badan anda jika diambil dalam jangka waktu yang panjang.

Saya suka mencadangkan kepada customer untuk mengambil ESP, Vitamin C, Vitamin E, Collagen Powder atau Vivix untuk mendapatkan kulit yang halus dan bersih.

Sharing Daripada Mereka Yang Pernah Mengalami Masalah Jerawat Bernanah

 

Cara Untuk Hilangkan Jerawat

Jika anda mengalami masalah jerawat samada biasa atau teruk seperti di atas, sila hubungi saya segera.

Saya akan berikan info lanjut mengenai produk beserta konsultasi eksklusif khas untuk anda. Hubungi saya.

Fadhilah Izaraee
Pengedar Shaklee Taiping dan Bukit Merah

SMS | Call | Whatsapp:
019 – 455 5534

Cara Mengatasi Jerawat Bernanah Dengan Cepat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge