Cuaca yang tak menentu sekarang ni boleh buat kita jadi stress. Stress bila pagi panas terik, petang pulak hujan sampai ke malam.

Selain daripada kita mudah terkena demam, kulit kita juga mengalami masalah kering yang melampau akibat perubahan cuaca.

Cara Kekalkan Kelembapan Kulit Semasa Cuaca Panas

1. Kerap mandi dan basuh muka

Dedahkan badan kepada air dengan cara mandi dan membasuh muka untuk mengekalkan kelembapan kulit. Kerapkan mandi dan membasuh muka untuk melembapkan kulit.



2. Banyakkan minum air masak

Minumlah seperti yang disarankan iaitu 2liter sehingga ke 3 liter sehari. Kecukuoan air dalam badan sangat penting untuk mengekalkan kelembapan kulit daripada dalam.



3. Gunakan pelembap dan lotion

Selepas membasuh muka, amalkan menyapu pelembap pada wajah. Begitu juga selepas anda mandi, sapukan lotion ke badan anda terutamanya di kawasan yang selalu kering iaitu siku, tumit dan lutut.


4. Elakkan aktiviti luar

Elakkan jika anda tidak perlu berada di luar rumah terutamanya di bawah sinaran terik matahari. Ini kerana sinaran matahari mampu menjejaskan kualiti kulit anda.

5. Supplement 

Tingkatkan nutrisi dalam badan anda dengan pengambilan supplement. Amat penting untuk mengambil supplement seperti multivitamin, Vitamin C dan Vitamin E. Supplement penting untuk menyokonh fungsi badan yang lebih baik.

Saya sarankan anda untuk menjaga kesihatan sebaiknya dikala cuaca yang tidak menentu begini. Sayangi diri anda!

Jika anda berminat mendapatkan produk Shaklee, jangan malu dan segan untuk menghubungi saya.

Fadhilah – 019 455 5534

Cara Kekalkan Kelembapan Kulit Semasa Cuaca Panas

2 thoughts on “Cara Kekalkan Kelembapan Kulit Semasa Cuaca Panas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge