Assalamualaikum.

Saya sambil-sambil duduk relax ni, teringat pulak nak buat masker muka. Dah lama tak bermasker. Tujuan kita bermasker ni adalah untuk ‘rejuvenate’ atau nak refresh kembali kulit muka.

Selain tu, kita juga boleh buang segala daki dimuka yang selama ni tersembunyi disebalik makeup. Saya nak kongsi beberapa cara bermasker menggunakan supplement yang saya amalkan iaitu Shaklee.

Mesti ada yang tertanya-tanya, “aik, supplement yang duk makan hari-hari pun boleh buat masker? Bia betul? Macam mana tu?” Betul la tu. Meh saya tunjukkan beberapa cara dan beberapa jenis supplement yang saya guna.

Selalu saya akan gunakan supplement berikut untuk buat masker. Berganti-ganti, ikut mood…hehehe… :

√ Energizing Soy Protein (ESP)
√ Vitamin E
√ Vitamin C
√ Alfalfa
√ Vivix

Masker 1
Campurkan sedikit ESP dengan 1 sudu teh yogurt asli. Gaul sekata dan sapu pada muka dan leher. Tunggu sehingga kering kemudian bilas.

Masker 2
Campurkan sedikit ESP dan Vitamin E(dipotong sedikit dan dipicit keluar minyaknya). Gaul sebati dan sapu terus pada muka dan leher. Selepas kering, bilas muka sebersihnya dengan pencuci muka NW Deep Foaming Cleanser.

Masker 3
Cucuk atau potong sedikit kapsul Vitamin E, kemudian picit keluar minyak di dalamnya. Minyak ini berwarna ungu. Lepas picit, terus sapu pada muka. Kemudian basuh muka sebersihnya dengan NW Deep Foaming Cleanser. Bilas bersih.

Masker 4
Rendam Vitamin C dengan air sehingga larut. Kemudian pecahkan Vitamin C hingga hancur dan terus sapu dimuka. Boleh juga campur dengan sedikit ESP. Kemudian, bilas bersih.

Masker 5
Rendam Alfalfa dalam sedikit air dan tunggu hingga larut. Hancurkan dan campurkan dengan sedikit ESP. Gaul sebati dan sapu ke muka. Kemudian, bilas bersih.

Masker 6
Sapukan sedikit Vivix ke muka dan ratakan. Atau korang boleh juga campur dengan sedikit ESP atau yogurt.

Mesti ada yang tanya, apa rasa lepas bermasker tu? Rasa besst sangat! Kulit muka rasa licin dan gebu gitu.

Selamat mencuba dan rasakan perbezaannya!

Sharing is caring.

Fadhilah

Cara-cara Membuat Masker Muka Agar Licin Dan Gebu
Tagged on:                         

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge