Salad Dressing Paling Simple

Saya nak share cara buat salad dressing simple tapi sedap yang anda boleh buat dirumah. Hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah dicari. Salad dressing ni best sebab menyihatkan dan kita boleh kawal bahan-bahan didalamnya.

Salad dressing yang simple dan sedap ini boleh dimakan bersama dengan apa sahaja salad kegemaran anda. Tak kira la Garden Salad, Rocket Salad, Italian Salad atau Mixed Salad.

Pinterest

Saya banyak belajar resepi yang sebegini melalui pinterest. Banyak ilmu masakan boleh kita jumpa di sana. Mudah dan senang nak ikut. Jom tengok apa lagi yang menarik di Pinterest!

 

Youtube

Jika anda peminat Youtube, itu juga boleh jadi sebahagian daripada cara untuk belajar banyak resepi terutamanya cara membuat salad dressing simple tapi sedap. Anda search je, mesti banyak yang muncul!

 

Jom kita tengok bahan dan cara menyediakannya.

 

Cara membuat Salad Dressing

 

Bahan:

  • 5-6 sudu besar Extra Virgin Olive Oil
  • 1 biji lemon
  • 1 biji bawang putih
  • secubit garam
  • sedikit lada hitam

Cara membuatnya:

Campurkan semua bahan di atas dalam mangkuk dan gaul rata. Paling senang saya suka letak dalam bekas bertutup, kemudian goncangkan bahan-bahan tersebut. Mudah!

Perasakan masam, manis, masin agar sesuai dengan selera anda. Buat sesedap rasa tau! Kemudian, campurkan salad dressing ini bersama dengan salad kegemaran anda. Itu sahaja, mudahkan?!

 

Eksperimen

Saya suka bereksperimen dalam pelbagai perisa. Adakalanya saya tambah herba seperti chili flakes, cumin seed, halia parut atau mixed herbs atau apa sahaja bahan yang anda suka di dalam campuran tadi. Jadi, ianya sangat versatile kerana anda mampu mengubah bahannya mengikut selera anda.

 

Selepas ini, tiada lagi alasan untuk beli salad dressing di kedai ye! Sebab anda mampu membuatnya sendiri di rumah. Salad dressing yang simple tapi sedap.

Jangan lupa cuba resepi ini.

Bye!

 

Cara Buat Salad Dressing Simple Tapi Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge