CARA ATASI GASTRIK DI BULAN PUASA

Kenali Apa Itu Gastrik?

# Gastrik berlaku apabila dinding permukaan dalam perut terhakis oleh asid gastrik. Asid gastrik ini dihasilkan oleh perut untuk mencerna makanan.

#Ketika kita berasa lapar, itu tandanya badan memerlukan makanan, dan perut akan automatik merembeskan asid gastrik ini.

#Apabila badan tidak menerima makanan, asid yang dirembeskan itu akan terus menghakis dinding permukaan perut.

#Dan apabila proses atau habit ini berulang kali terjadi, mungkin setiap hari, setiap bulan atau sepanjang tahun, dinding perut akan menipis dan terjadilah gastrik.

#Sebab itu kita akan lihat kebanyakan orang disekeliling kita yang tak boleh lambat makan, tak boleh silap makan sebab nanti akan sakit perut.

 

cara atasi gastrik dibulan puasa

 

Punca Terjadi Gastrik

1. Waktu makan yang tidak teratur

2. Kurang tidur dan bersenam

3. Makanan pedas dan masam

4. Makanan berminyak/ berlemak

5. Merokok

6. Minuman berkafein

7. Stress dan tekanan perasaan

Cara Atasi Gastrik Semasa Puasa

Bagi mereka yang gastrik, pilihan makanan dan waktu untuk makan adalah penting supaya gastrik tidak akan menyerang anda sepanjang anda menunaikan ibadah puasa. 

 

  • Bangun sahur dan lambatkan makan sahur

Bagi anda yang gastrik, anda WAJIB bangun sahur. Apabila anda berpuasa dan tidak makan seharian, perut akan mengeluarkan asid perut berlebihan tanpa menerima makanan untuk seketika. Jadi, anda perlu bantu perut anda dengan makan ketika sahur dan lambatkan waktu bersahur. 

 

  • Berbuka segera dengan makanan manis

Apabila tiba waktu berbuka, anda perlu segera berbuka tanpa melengahkan masa. Dan berbukalah dengan makanan manis seperti buah kurma dan buah-buahan lain.

 

cara atasi gastrik dibulan puasa

 

 

  • Makan sedikit tetapi berkala

Amalkan makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi berkala. Contohnya, makan buah semasa berbuka, kemudian makan pula nasi atau makanan berat selepas solat maghrib. Dan anda boleh makan sedikit sebelum solat terawih bagi mengelakkan anda perut terganggu semasa mengerjakan amal ibadat.

 

  • Elakkan minuman yang mengangggu perut

Minuman seperti bikarbonat sebenarnya boleh menganggu keselesaan perut. Terutama di bulan puasa, kita kurang makan dan minum, perut sangat sensitif dengan makanan yang masuk. Jadi, elakkan minuman bergas sama ada semasa berbuka atau bersahur.

 

cara atasi gastrik dibulan puasa

 

 

  • Kurangkan makanan pedas, masam & lemak yang tinggi

Seperti yang anda sedia maklum, makanan sebegini boleh menyebabkan perut anda terganggu, sebolehnya elakkan ye!

 

  • Kurangkan merokok

Bagi mereka yang merokok, semoga ini menjadi titik tolak kepada anda untuk berhenti merokok. Jangan lupa juga banyakkan minum air kosong selepas berbuka.

 

 

 

cara atasi gastrik dibulan puasa

 

  • Ubat-ubatan

Bagi anda yang banyak bergantung kepada ubat daripada doktor, jangan lupa untuk ambil ubat mengikut waktu yang disesuaikan oleh doktor untuk diambil semasa berpuasa. Contohnya, sangat penting untuk anda ambil ubat sebelum mengakhiri waktu sahur anda supaya badan anda bebas gastrik semasa berpuasa.

 

  • Suppelement

Bagi anda yang mengamalkan supplement pula, jangan lupa juga untuk ambil supplement anda setiap hari.

 

Supplement Untuk Gastrik di Bulan Puasa

cara atasi gastrik dibulan puasa

 

Energizing Soy Protein (ESP)

-Memberi tenaga dan kecergasan sepanjang hari

Ostematrix

-mengurangkan asid dalam perut. Ostematrik ini kaya dengan kalsium yang bersifat alkali dan membantu meneutralkan asid di dalam perut.

B-Complex

-Sumber vitamin B utama untuk badan dan membantu meredakan kemurungan akibat gastrik

Peppermint Ginger Plus

-Buang angin daripada badan, dan mengurangkan kesan pedih ulu hati.

 

Testimoni

cara atasi gastrik dibulan puasa

cara atasi gastrik dibulan puasa

cara atasi gastrik dibulan puasa

 

Untuk anda yang memerlukan supplement bagi membantu anda berpuasa dengan lebih baik, boleh cuba set gastrik ini.

Jika anda berminat mendapatkan set gastrik di atas, hubungi saya di bawah:

Nor Fadhilah Bt Mohamad Izaraee
Pengedar Shaklee Taiping, Bukit merah dan Batu Kurau, Perak

Shaklee ID
1128414

SMS | Call | Whatsapp:
019 – 455 5534

Email
ielah_raihan@yahoo.com

FB : Fadhilah Izaraee

Instagram : fadheizshaklee

Cara Atasi Gastrik Di Bulan Puasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge