Cadangan Waktu Minum Air Di Bulan Puasa

Percaya atau tidak, nak minum 8 gelas air setiap hari adalah satu cabaran!

Tambah lagi di bulan puasa begini, dimana kita tidak lagi minum di siang hari, sukar juga nak lengkapkan minimum 8 gelas untuk keperluan badan.

Kita hanya ada waktu malam (selepas berbuka) dan waktu sahur sahaja. Singkatnya masa yang kita ada untuk lengkapkan paling kurang 8 gelas air semasa berpuasa.

Saya nak kongsikan dengan anda cadangan waktu terbaik untuk minum air lengkap 8 gelas dibulan puasa ini. Dan anda juga boleh menambah kuantiti air sepanjang waktu yang dicadangkan ini.

Cadangan Waktu Minum Air Di Bulan Puasa

Tips Minum Air Di Bulan Puasa

  • 1 gelas selepas bangun tidur
  • 1 gelas sebelum sahur
  • 1 gelas selepas sahur
  • 1 gelas semasa berbuka
  • 1 gelas selepas berbuka
  • 1 gelas sebelum solat terawikh
  • 1 gelas selepas solat terawikh
  • 1 gelas sebelum tidur

Saya juga sukar nak melengkapkan 8 gelas air setiap hari. Maklumlah, bila berbuka, perut penuh kekenyangan sampaikan nak minum air pon tak mampu.

Semoga tips ini bermanfaat untuk saya dan anda juga. Walaupun berpuasa, kita wajib hidrate badan supaya kekal cergas dan sihat.

Selamat Berpuasa!

Cadangan Waktu Minum Air Di Bulan Puasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge