Mesti ramai yang tahu apa itu ubat tahan sakit?

Apakah Ubat Tahan Sakit?

Ubat tahan sakit berfungsi untuk melegakan kesakita yang dialami oleh seseorang.

Menurut Kementerian Kesihatan, ubat tahan sakit atau analgesik adalah ubat untuk mengurangkan kesakitan yang terdiri daripada pelbagai bentuk dan jenis.

Antara bentuk tersebut ialah seperti tablet, kapsul, injeksi, suppository, transdermal patch. Analgesik ini terdiri daripada paracetemol, non-steroidal anti-inflamatory drugs (NSAIDs) dan opioid. (Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia)

 

Paracetamol

  • Banyak digunakan untuk merawat demam dan kesakitan yang dari tahap ringan hingga sederhana.
  • Namun, paracetamol tidak mempunyai kesan anti radang yang dapat membantu menghilangkan rasa sakit pada sendi.
  • Pengambilan dos yang berlebihan tidak mampu melegakan kesakitan yang dalami oleh seseorang, namun mampu mengancam kesihatan.
  • Ada juga yang mengambil paracetamol ini mengalami kesan seperti ruam, gatal kulit, bengkak di muka dan sesak nafas. Jika ada simptom begini, anda disarankan berhenti mengambilnya.

NSAIDs

  • berfungsi untuk melegakan kesakitan sendi berskala ringan hingga sederhana.
  • Contoh sakit sendi seperti gout, arthtritis, rheumatoid dan osteoarthritis
  • Antara jenis NSAIDs ialah seperti ibuprofen, indomethacin, haproxen, diclofenae, aspirin, ketorolac, mefenamic acid, ketoprofen, meloxicam, celecoxib, etoricoxib
  • Elakkan mengambil lebih daripada satu jenis NSAIDs kerana boleh mengakibatkan risiko pendarahan pada gastrousus. (Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia)

Opioid

  • Digunakan untuk melegakan kesakitan berskala sederhana hingga teruk.
  • Contoh pioid seperti fentanyl, pethidine, dihydrocodine, oxycodone, methadone, tramadol dan lain-lain.
  • Kesan sampingan apabila mengambil ubat tahan sakit ini ialah seperti loya, muntah, sembelit, perubahan mood dan mengantuk.
  • Diingatkan agar tidak mengambil bersama dengan alkohol, antihistamin atau ubat lain yang menyebabkan anda mendapat kesan mengantuk dan boleh membawa maut.
  • Disarankan untuk mengikut arahan doktor apabila mengambil ubat tahan sakit.

Pesanan Untuk Anda:

  1. Pastikan anda tahu ubat yang anda makan dan kesannya kepada badan
  2. Jika terdapat kesan sampingan seperti yang dinyatakan seperti di atas, disarankan agar anda berhenti mengambilnya.
  3. Jauhi daripada jangkauan kanak-kanak
  4. Ambil dengan dos yang dinyatakan sahaja
  5. Rujuk pakar jika anda tidak pasti

Sharing is caring!!!

 

 

Adakah Ubat Tahan Sakit Selamat?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge