FAKTA!

Tahukah anda bahawa tekanan (stress) mampu membuatkan anda nampak tua daripada usia sebenar?

8 Tip Meredakan Tekanan

#Senaman

Percaya atau tidak, senaman adalah salah satu daripada cara untuk meredakan tekanan. Berlari, berjalan atau melakukan aktiviti lain seperti zumba, aerobik dan pelbagai lagi mampu membawa anda jauh daripada tekanan dalam hidup.

#Menghirup udara segar

Jika anda bekerja dalam ofis,redakan tekanan dengan berjalan diluar blok kerja anda, tengok kehijauan tanaman dan hirup udara segar lebih kurang 5 minit hingga 10 minit.

#Bayangkan tempat yang tenang

Bukan nak minta anda berangan panjang-panjang sehingga terlupa dengan kerja ya! Hanya bayangkan tempat yang tenang dan nyaman supaya minda dan perasaan anda tenang dan gembira.

#Membaca sebagai terapi

Bawa buku kemana sahaja anda pergi. Buku bukan sahaja suatu medium mendapatkan maklumat, tetapi juga baik untuk tekanan perasaan. Pilih buku berdasarkan minat anda, sama ada anda suka buku motivasi, keagamaan atau novel cinta.

#Tidur siang

Tahukah anda jika anda tidur dalam masa hanya 5 minit sahaja, ada dapat mengembalikan tenaga dan kesegaran kepada badan anda! Oleh itu, take a nap diwaktu tengahari supaya anda kembali bertenaga menghabiskan hari anda. Tapi jangan terlebih tidur ya!

#Nyalakan lilin

Dapatkan ketenangan dengan aroma daripada lilin. Jika anda rasa stress, rehat dan relax sambil nyalakan lilin wangian untuk menenangkan perasaan anda.

#Pelihara haiwan kesayangan

Kajian psikologi ada menyatakan bahawa jika anda mempunyai haiwan kesayangan dirumah, ianya akan menjadi salah satu bentuk terapi yang sangat berkesan. Oleh itu, sayangi haiwan kesayangan anda. Kepada yang belum ada, mungkin anda patut memikirkan tentang mempunyai haiwan kesayang anda hari ini!

#Rasa Syukur

Ekspresi rasa syukur anda kepada pencipta dalam apa jua cara. Anda boleh ekspresi melalui sebutan atau menulis di dalam jurnal anda. Dengan meluahkan rasa syukur, anda secara automatik mengaktifkan hormon dopamine yang menghantar rasa senang ke otak. Perasan positif akan mula terbit daripada diri anda.

 

8 Cara Redakan Tekanan Seharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge