Tahukah anda bahawa terma ‘Ketidakseimangan gula dalam darah’ adalah berkaitan dengan kencing manis. Tetapi berapa ramai daripada anda yang sedar punca kencing manis itu ada disekeliling anda. Mari kita lihat lebih lanjut.

Apa itu kencing manis?

Dikenali sebagai Diabetes Mellitus iaitu metabolisme tubuh terganggu sehingga mengakibatkan glukosa di dalam badan tidak dapat dimanfaatkan sebagai tenaga. 

Kencing manis atau diabetes terjadi apabila hormon yang bertanggungjawab mengawal paras gula, insulin tidak dpat berfungsi secara optimum. Badan tidak dapat menggunakan insulin secara maksimum atau badan kurang menghasilkan insulin yang menyebabkan hadirnya penyakit diabetes.

Punca Dapat Kencing Manis

  • Berat badan yang berlebihan atau obesiti
  • Tidak bersenam dan mengamalkan gaya hidup tidak sihat
  • Pemakanan yang tinggi lemak
  • Kurang pengambilan makanan berserat
  • Keturunan
  • Peningkatan usia

Tahukah anda, kencing manis juga ada jenisnya yang tersendiri. Jom kita baca selanjutnya.

Jenis Kencing Manis

Diabetes Jenis 1 - Dikenali sebagai Diabetes Bersandar Insulin yang kerap dikesan diperingkat awal usia seperti kanak-kanak atau remaja. Kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas secara semulajadi oleh badan. Pesakit kencing manis memerlukan suntikan insulin daripada sumber luar untuk mengawal tahap glukosa dalam darah.

Diabetes Jenis 2 - Sejenis kerintangan insulin iaitu penurunan sensitiviti badan terhadap insulin. Diabetes jenis ini dikawal melalui perubahan gaya hidup seperti mengawal makanan yang anda ambil, kawal berat badan dan pastikan tidak lupa mengambil ubat yang disarankan oleh doktor.

Diabetes Gestasi - Diabetes ini dialami oleh wanita hamil dan mirip diabetes Jenis 2. Insulin diperlukan untuk kepentingan bayi di dalam kandungan. Namun, jika badan tidak mampu untuk menghasilkan insulin tambahan untuk keperluan bayi, maka ibu berisiko untuk mengalami paras gula dalam darah yang tinggi.

Tanda atau Simptom Anda Ada Diabetes

  • Kerap buang air Kecil
  • Kerap dahaga dan lapar
  • Luka lambat sembuh
  • Berat badan merosot
  • Mudah terkena jangkitan kuman pada kulit
  • Kebas pada tangan dan kaki
  • Penglihatan menjadi kabur
  • Cepat penat dan Lelah6 Punca Anda Mudah Terkena Kencing Manis

Kaedah atau Cara Mengatasi Yang Betul

  • Dapatkan rawatan doktor jika anda mengalami tanda-tanda yang disenaraikan
  • Berhenti merokok dan kawal pemakanan anda
  • Banyakkan bersenam dan aktifkan diri
  • Kawal berat badan anda, dapatkan berat yang ideal
  • Makan secara sihat, kurangkan manis, masin dalam diet seharian anda

6 Punca Anda Mudah Terkena Kencing Manis

6 Punca Ketidakseimbangan Gula Dalam Darah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge