ADAKAH ANDA SALAH SEORANG YANG MENGALAMI MASALAH SEMBELIT?

Sembelit berlaku apabila seseorang mengalami masalah membuang air besar kurang 3x seminggu. Sembelit yang tidak dirawat boleh menjadi punca masalah buasir dan lama kelamaan jika tidak dirawat dengan baik boleh menyebabkan kanser.

Najis yang mengeras akibat sembelit menyebabkan ianya melekat pada dinding usus besar dan menyebabkan usus tersumbat. Sebab itu, apa sahaja yang diproses oleh hati tidak boleh dikeluarkan daripada badan dan membentuk toksin yang merbahaya kepada organ.

 

sembelit. bagaimana cara anda mengatasinya.

Siapa yang terlibat dengan masalah sembelit ni?

Semua peringkat umur akan merasa masalah sembelit ini. Tak kira dari peringkat bayi sehingga ke orang tua. Termasuk juga kaum ibu. Saya percaya sembelit sewaktu mengandung dan semasa dalam pantang adalah sesuatu yang menyeksakan! Anda boleh lihat disini cara mengatasi sembelit ketika mengandung dan semasa dalam pantang

 

KEBURUKAN SEMBELIT

  • Apa sahaja makanan berkhasiat yang masuk ke dalam badan bagai tiada makna kerana organ-organ tidak boleh menyerap sepenuhnya segala khasiat daripada makanan.
  • Nutrien tidak sampai kepada sel yang memerlukannya
  • boleh menjadi punca kepada buasir dan kanser 

 

PUNCA MASALAH SEMBELIT

  • Kerap menahan membuang air besar
  • Kurang minum air putih
  • Kurang ambil makanan berserat
  • Amalan gaya hidup yang tidak sihat

Perasan tak bila kanak-kanak kena sembelit, muka mereka sampai berkerut-kerut nak keluarkan najis, sampai menangis sebab sakit. Cuba cek kembali punca di atas supaya dapat elakkan anak kita terkena sembelit. Anda juga boleh baca disini cara mengatasi masalah sembelit kanak-kanak.

 

KESAN AKIBAT SEMBELIT

  • masalah bau badan dan mulut
  • masalah kurang konsentrasi dalam aktiviti seharian
  • sering mengantuk dan lesu
  • masalah pada kulit seperti alergik dan ruam
  • masalah arthritis
  • hilang selera makan yang ketara
  • masalah sakit kepala yang luar biasa

 

cara atasi sembelit

 

CARA MENGATASI SEMBELIT

#1 – Banyakkan minum air sepanjang hari, purata 3 Liter sehari

#2 – Banyakkan ambil makanan berserat. Paling mudah ambil buah-buahan dan sayur-sayuran

 

cara mengatasi sembelit

#3 – Kerap lakukan senaman, paling kurang 15-20 minit satu sesi

#4 – Ambil makanan berherba seperti halia, kunyit untuk menguatkan fungsi hati dan mencegah sembelit

#5 – Jangan menahan rasa untuk membuang air besar.

Jangan ambil mudah jika anda mengalami sembelit yang berpanjangan. Jika ini terjadi, segera berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut.

Cegah Sembelit Dengan Supplement

Produk Shaklee memang terkenal dengan produk semulajadi dan dihasilkan daripada alam semulajadi. Untuk masalah sembelit, saya cadangkan dua supplement terbaik bagi masalah ini iaitu Ostematrix dan Herblax.

cara mengatasi masalah sembelit

Jangan biarkan diri anda mengalami masalah sembelit. Cegah sebelum parah dan anda mampu mengubahnya. Anda perlukan supplement Shaklee untuk gaya hidup yang lebih sihat, sila hubungi saya untuk maklumat lanjut. 

Nor Fadhilah Bt Mohamad Izaraee
Pengedar Shaklee Taiping, Bukit merah dan Batu Kurau, Perak

Shaklee ID
1128414

SMS | Call | Whatsapp:
019 – 455 5534

Email
ielah_raihan@yahoo.com

FB : Fadhilah Izaraee

Instagram : fadheizshaklee

Sembelit: Bagaimana Cara Anda Mengatasinya?
Tagged on:         

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge