“Kak, Shaklee ni halal ke?

“Kenapa takde logo halal dibotol?”

“Boleh tunjuk kat saya Sijil Halal Shaklee 2018?”

 

Selalu juga dapat soalan macam ni. Jika anda ada persoalan yang sama, tahniah! kerana ia menunjukkan anda sangat peka dengan status halal suatu produk sebelum anda mengambilnya.

 

Mencari Yang Halal itu Fardhu

Sebagaimana komitednya Shaklee dengan proses pengeluaran setiap produknya supaya dijamin selamat – berkesan – semulajadi, Shaklee juga komited untuk memastikan produknya mematuhi piawaian HALAL untuk kegunaan umat muslim.

Hebatnya, kriteria halal ini dipatuhi khas untuk produk yang masuk ke pasaran Malaysia, termasuk Shaklee.

 

Sijil Halal Shaklee 2018

Status HALAL produk Shaklee ini dikeluarkan oleh badan antarabangsa ISA (Islamic Service of America) yang juga mematuhi piawaian ketat Islamic Food Guidelines.

Jangan hairan jika tiada logo halal JAKIM dan juga tiada logo halal ISA tertera pada setiap botol atau kotak pembungkusan suplemen Shaklee.

Ia disertakan dalam bentuk sijil halal yang diiktiraf oleh ISA yang dikeluarkan secara tahunan oleh pihak Shaklee. Boleh rujuk sijil halal Shaklee 2018 di bawah:

Sijil Halal Shaklee 2018

Supplement Shaklee telah disahkan HALAL dan SELAMAT oleh badan yang dinamakan Islamic Service of America (ISA). ISA ialah badan pengeluar Sijil Halal di Amerika Syarikat yang diiktiraf oleh JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).

Boleh rujuk website halal.gov.my dan ISA tersenarai pada turutan yang ke-66.

Produk yang dipasarkan di Malaysia adalah tersenarai dalam sijil tersebut termasuk yang menggunakan bovine gelatin iaitu Lecithin, OmegaGuard dan Vita-E complex. Di dalam banyak produk yang Shaklee keluarkan, tidak semua produk Shaklee itu ada dalam pasaran Malaysia.

 

Kenapa Botol Shaklee Tiada Logo Halal? 

Ini kerana produk Shaklee tidak dibuat, diproses atau dikeluarkan di Malaysia. Hanya produk yang dibuat di dalam Malaysia sahaja yang mempunyai tanda Halal daripada JAKIM.

Produk Shaklee adalah 100% Selamat dan Halal. Tiada keraguan yang boleh didapati di dalam semua produk Shaklee.

Gunakan dengan yakin dan selamat.

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya melalui cara berikut:

Nor Fadhilah Bt Mohamad Izaraee
Pengedar Shaklee Taiping, Bukit merah dan Batu Kurau, Perak

Shaklee ID
1128414

SMS | Call | Whatsapp:
019 – 455 5534

Email
ielah_raihan@yahoo.com

FB : Fadhilah Izaraee

[Shaklee Halal] Sijil Halal Shaklee 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge