Anda bad mood? Jangan begitu. Bad mood sangat tak bagus untuk kesihatan.

Namun, dalam hidup ni, adakalanya kita tak dapat nak elak daripada emosi bad mood bukan? Oleh itu, saya nak share dengan anda 10 makanan yang boleh mengubati bad mood anda!

Saya janji, makanan ini semuanya sedap! ;>

10 Makanan Pengubat Bad Mood Anda!

#BLUBERRY

Buah beri biru ini kaya dengan antioksida dan vitamin C yang dapat membantu badan anda untuk boost imun sistem dan boost mood!

#Almond

Kacang badam ini bukan sahaja enak dimakan sebagai snek, tetapi juga kaya dengan zat seperti vitamin C dan E. Pengambilan yang berkala dapat membantu badan menentang radikal bebas dalam badan. Nak tahu tak, stress atau bad mood adalah salah satu punca radikal bebas menyerang anda?

#Susu

Berita baik bagi penggemar susu seperti anda. Susu yang penuh khasiat protein dan kalsium boleh membantu menenangkan perasaan anda dan tidur anda. Disebabkan itu, anda digalakkan minum 1 gelas susu sebelum tidur.

#Teh

Okay, bagi anda yang tidak boleh minum susu, ada alternatif lain untuk anda minum sebelum tidur, iaitu air teh. Teh mengandungi L-theanin dan flavanoid sangat membantu anda mengurangkan stress yang membelenggu diri anda. Cuba bayangkan secawan teh panas menemani anda semasa membaca buku atau menyiapkan kerja. Tenang…

#Daging

Jangan takut untuk makan daging ya, kerana daging tinggi dengan zink dan vitamin B yang sangat berkesan untuk pemulihan stress.

#Seafood

Saya yakin, ramai penggemar makanan laut diluar sana. Tahukah anda seafood tinggi dengan khasiat magnesium, zink dan selenium yang dapat membantu mengawal emosi anda. Namun hati-hati ya, jangan makan berlebihan pula!

#Telur

Telur kaya denga sumber protein. Apabila asid amino (salah satu protein) bergabung dengan hormon trytophan akan membantu otak anda lebih relaks dan tenang.

#Madu

Semua tahu madu mempunyai banyak khasiat. Dari membantu melegakan demam, batuk, asma, meningkatkan kesihatan dalaman sehingga kepada proses membantu memulihkan mood yang stress dapat dilakukan oleh madu. Carilah madu yang berkualiti tinggi supaya ianya sentiasa ada dirumah apabila anda memerlukannya.

#Coklat

Ramai yang akan tersenyum bila tahu coklat adalah salah satu makanan yang dapat mengubati stress mereka. Coklat kaya dengan trytophan dan hormon serotonin bukan sahaja dapat meredakan stress tetapi juga dapat mengembirakan hari seseorang. Oleh itu, anda boleh mula menghadiahkan coklat buat diri sendiri atau insan disekeliling anda, kerana anda tidak bila kita memerlukan coklat tersebut.

#Sup

Tahukah anda bahawa dalam satu mangkuk sup panas, terkandung protein dan vitamin yang memberi khasiat khas kepada badan anda. Tingkatkan metabolisme anda dengan menghirup sup panas sekaligus dapat memberi ketenangan yang anda inginkan.

 

10 Makanan Pengubat Bad Mood

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge