Jom tengok 10 jenis kegunaan baking soda yang boleh anda gunakan setiap hari.

Baking Soda

Betul. Ada pelbagai kegunaan baking soda. Nama lainnya ialah Natrium Bikarbonat. Selain digunakan untuk membuat ‘cookies’ atau ‘cake’, baking soda boleh digunakan untuk mencuci dan membersih. Kalau nak diikutkan baking soda ini tidak mahal. Anda boleh beli dimana-mana kedai bakeri yang menjual dengan harga lebih murah berbanding yang dijual di supermarket atau kedai runcit. 

Anda boleh DIY sendiri produk pencuci dirumah. Selamat dan berkesan. Bebas bahan kimia.

Kegunaan Baking Soda

# Peti ais – baking soda bertindak sebagai penyerap bau di dalam peti ais. Apa sahaja bau makanan, bawang dan apa sahaja boleh diserap dengan baik olehnya. Caranya masukkan baking soda dalam bekas tak bertutup dan letak dalam peti ais. Sebulan sekali boleh tukar.

# Coffee maker – digunakan untuk mencuci mesin kopi. Saya gunakan untuk cuci coffee maker dengan cara, isi jag coffee maker dengan cuka dan baking soda, dan on seperti anda brew kopi. Baking soda dan cuka bekerja bersama untuk mengurangkan bau dan menghilangkan kesan-kesan kotoran kopi pada mesin. Satu lagi kelebihan mencuci coffee maker begini ialah kopi yang dihasilkan akan lebih sedap dan nikmat. Jadi, sila cuci coffee maker anda setiap hari.

Baca juga:

Cara Kekalkan Kelembapan Kulit

# Karpet – baking soda digunakan sebagai deodorizer carpet. Taburkan baking soda atas karpet, biarkan 20 minit. Selepas itu, vacuum karpet anda seperti biasa. Baking soda bukan sahaja menyerap bau dan kotoran pada karpet tetapi juga sekali gus mencuci vacuum anda.

Dan lagi Kegunaan Untuk Cucian:

# Membasuh baju – tahukah anda baking soda boleh digunakan sebagai agen pembersih baju. Apabila anda mahu membasuh baju, masukkan sabun pembersih dan baking soda. Menariknya baking soda bertindak sebagai detergent booster dan penyegar pada pakaian yang dibasuh.

# Putihkan gigi – ini menarik! Anda tak perlu membeli alat pemutih gigi yang mahal seperti dalam pasaran tu. Gunakan apa sahaja bahan yang ada dirumah seperti baking soda. Campurkan baking soda dan sedikit ubat gigi anda dalam satu bekas kecil, kacau rata (tekstur seperti pes). Gunakan pes ini 2x setiap minggu.

Baca juga:

Panduan Memilih Produk Kecantikan

# Bersihkan papan pemotong – cuci papan pemotong anda dengan bahan semulajadi dirumah. Caranya taburkan baking soda, kemudian perahkan lemon dan biarkan dalam 5 minit. Selepas itu, sental papan anda supaya bersih dan bilas seperti biasa.

# Hilangkan kesan degil pada baju – jika anda ada kesan kopi atau kotoran yang susah nak tanggal terutama pada pakaian berwarna cerah, taburkan baking soda pada kotoran dan sedikit cuka, biarkan 5 minit, dan gosok pada kotoran berkenaan. Kemudian, basuh baju seperti biasa.

10 Kegunaan Baking Soda

# Cuci microwave – caranya, untuk microwave, masukkan sedikit cuka, baking soda dan semangkuk air ke dalam mangkuk, masukkan dalam microwave. Set timer microwave lebih kurang 2 minit dan selepas itu lap seperti biasa. Kotoran didalam microwave lebih mudah dicuci, menyahbau dan mengilatkan mirowave anda.

# Mencuci oven – bagi oven pula, taburkan baking soda didalam oven dan spray dengan air yang dicampur cuka sehingga membentuk buih, dan biarkan 5 minit. Selepas itu, sental oven anda seperti biasa. Anda akan dapati kotoran lebih mudah ditanggalkan.

# Cuci sikat – rendam sikat anda di dalam air yang dicampur baking soda. Biarkan seketika, kemudian cuci seperti biasa. Segala kotoran pada sikat boleh hilang dengan mudah dan anda juga boleh sanitize sikat anda sekali.

Sharing is caring.

10 Kegunaan Baking Soda Yang Perlu Anda Tahu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge